#9 Lemak

Exam Rumahtangga 419

*J (jawapan). *SJ (skema jawapan)
Arahan : Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1) Wey, makin gemuk ar kau!
J : Biaselahhhh aku tengah bahagiaaaah ahhh ahhh~
SJ : Lahabau kau! Tunggu ko kawin nanti. Duduk rumah, kerja kau makaaaan je.

2) So acaner life lepas kawin?
J : Emm macam makin hari makin sayang~ ehek ehek (tergedik gedik)
SJ : Same je. Cuma ada mahkluk lain kite kena ambil kire segala pendapat dan perasaan.

3) Pernah bergaduh ke dengan pasangan?
J : Eh tak lah. Gaduh pasal siapa sayang lebih ada lah. hikss~
SJ : Bilik panas pun boleh buat gaduh okay (-_-") #seriouscase

4) Wei, jom window shopping weekend ni!
J : Tak boleh la. Suami tak bagi. Dia nak bermanje manje weekend ni.
SJ : Malas aku nak jalan jalan. Baju kotor pun masih banyak berlonggok.

5) Ko masak ke kat rumah?
J : Wau. Alif. Jim. Ba okaaay. Air tangan isteri kan lebih bagus dari mamak Hakim seksyen 7.
SJ : Kalau boleh setiap hari aku nak makan kat luar heh heh heh. Malas tahap cipan.

6) Bestnye ada orang nak dipeluk malam malam.
J : A'ah you. Lagi lagi time sejuuuuk.
SJ : Seriously, aku peluk bantal busuk malam malam.

7) Semua jawapan kau macam conclusionnye best je selepas kahwin.
J : Alhamdulillah, macam tu lah nampaknye. Jangan jeles tauuu~
SJ : Nasihat aku, bersedialah dari segi mental, fizikal dan yang paling penting emosi. Bertolak ansur, saling memaafi, bersabar and bertimbang rasa. Nak tau best ke tak, kenalah kahwin :-p

Aku macam takde motif kukuh untuk tulis post ni. Tapi sebab dah terlanjur type, malas aku nak delete semua balik. Ramai kawan aku dah start miang miang nak kahwin (aku paling miang sebab kahwin awal ehek ehek). Rata-rata kawan yang aku jumpa semua tanya soalan yang sama, "best tak kahwin?" "so macam mana life lepas kahwin?" "gaduh tak?" "gaduh pasai apa?". Aku pun taktau nak jawab apa. Ada orang bahagia awal awal kahwin. Honeymoon memanjang sampai lupa nak ngadap reality. Ada yang gaduh 3 bulan pertama sebab nak suaikan diri dengan pasangan. Ada yang tak rasa perubahan sebab dah bercinta lebih 15 tahun sejak sekolah lagi. Ada yang kahwin tapi tak tidur sebilik macam dalam drama melayu pukul 6 petang tu.

Aku? Awal awal memang banyak bermasam muka sebab banyak perubahan harus disuaikan. Elok elok makan maggie, sekarang kena masak nasi berlauk. Dari cuci satu load baju, sekarang kena cuci 2 load. Lipat baju pulak takkan baju sendiri je kan? Tuala tak boleh main sangkut kat tombol pintu sesuka hati. Dia pun dah tak boleh la keluar rumah sesuka hati macam CEO. Harus minta permission secretary. Weekend pun sentiasa diisi dengan shopping barangan dapur. Takpun melawat keluarga mertua. Alhamdulillah, kiteorang tak banyak kerenah pelik. Tak ramai kawan kawan yang harus dipuas hatikan. Apa yang dia tak suka, aku ikutkan, Dan apa yang aku tak suka, GILA KAU kalau dia tak ikut?! Sebulan la dia berpuasa batin!

Anyways, nasihat aku pada yang masih berpegang pada "Single is simple, Couple is trouble",semoga engkau happy tolak kerusi roda kau sendiri. Okay im mabuk. bai.

31-01-2016

#8 Delayed

Mak aihh, 19 hari aku tak post apa apa!  Yelah, sekali karang post dalam 2 jam baru siap edit.  2 jam tu kalau aku gunapakai, dah boleh tengok 2 episode 'The Heirs' tau. Oh my Lee Min Ho *mata timbul love* toingg toingg.  Anyways, semenjak duamenjak ni aku memang sibuk.  Kerja macam tak luak luak. Cuti je memanjang, kerje tak gerak.  Pantang weekend je, aku mesti merewang.  Memang tebiat mama ajar sejak  kecik.  Kalau dulu aku tak keluar jalan jalan dengan family, mesti kena "booo poyo".  So sampai ke besar, pantang diajak, aku terus bersiap.  Pergi mana tu tak penting, yang penting keluar tunjuk muka.

Aku takde ape sangat nak share selain resepi maggi asam laksa yang rasanya semua dah tau.  Tambah telur untuk sedikit kelainan.  haha tak kelakar.
BeeTeeDabelyu, last week, aku tinggalkan suasana kota dan pergi duduk kat kampungstay di Temerloh.  Sekali sekala, jantung kite perlu hirup udara bersih tanpa Coway. Natural air gitue. Taik idong pun tak banyak sangat bile udara bersih.  Aku pergi dengan keluarga besar aku. Mokcik, pokcik, sepupu, sepapat, anak buah, biras dan cucu semua ada. Mema seronok ngat.  Rumah besar, ada swimming pool, makanan breakfast, lunch, dinner semua disediakan, karaoke pun ada. Ala-ala  pergi lawat rumah saudara jauh yang kaya raya.  Sukaneka pun ada dorang organized.  Walaupun bukan macam games dalam running man, tapi tetap best! Makanan pulak, jangan cakap la, sedap nak mamfus.  Bukan aku je yang cakap sedap, mama dan makcik aku yang bertahun tahun masak pun cakap sodap.  Lauk kampung je tapi memang secukup rasa.  Aku siap bungkus bawa balik KL lauk lemak nangka dan ikan masin.  Perghhhhh. Ada tu ha dalam freezer.  Savinggg.  Nanti bila mak mertua aku datang boleh aku kelentong aku masak hihihihi.

So kalau ada sesiapa yang berminat nak tukar selera udara, dah menyampah dengan aircond, boleh la cekidaud KAMPUNG DESA MURNI di temerloh Pahang.  2-3 jam dari KL.  Minimum harus ada 20 manusia.  RM200/pax untuk 3 hari 2 malam (termasuk karaoke, makan, basikal, bilik, elektric, TV, swimming pool).  Oh, bawa la sekali board games, UNO takpun jenga untuk mengurangkan awkwardness bila takde apa apa nak buat.
Chow Sin Chee~~

29-01-2016


#7 Kebahagiaan Dia Aku Dahulukan

Dalam setiap impian,
kebahagiaan dia aku dahulukan.
Dalam setiap pertuturan,
hati dia aku dahulu jagakan.
Dalam setiap keseronokan,
kemahuanku aku pendamkan.
Dalam setiap keburukan,
kedua mataku aku lelapkan.
Dalam setiap kemarahan,
sakit hatiku aku diamkan.
Dalam setiap kesedihan,
titisan air mataku aku tahan.
Dalam setiap kemiskinan,
hartaku aku sedekahkan.
Dalam setiap keikhlasan,
kebanggaanku aku sorokkan.
Dalam setiap kejaayan,
senyumanku aku corakkan,
Dalam setiap jalan kehidupan,
selamanya untuk dia aku ikutkan.
Dan dalam setiap perkahwinan,
semua untuk dia akan aku tunaikan.


Minta maaf atas coretan hati yang berbaur sedih campur darab jiwang. Aku bila dengar je lagu 'Janam Janam' ni rasa macam kena reflect kisah cinta diri sendiri sambil monologue dalam hati "kenape la cinta tak se-drama cerita dilwale? demmm" #np janam janam - Arijit Singh (on replay)

10-01-2016

#6 First day of SCHOOL

Dari darjah 2 sampai darjah 4, pagi-pagi mama akan kejutkan aku setengah jam awal untuk aku ke bilik dia dan sambung tido. Aku akan himpitkan diri tido sebelah abah. Ini memang routine WAU ALIF JIM BA! Kalau mama lupe, memang aku mengamuk pagi-pagi. Mandi sambil nangis. Pakai baju masih tersedu sedu. Bas pakcik hashim dah hon hon kat bawah. Lagi buat aku rasa cuak dan marah. 
Aku memang liat ke sekolah, tapi aku suka ke sekolah. Aku rasa semua budak pun macam tu sebenarnye. Kan best kalau boleh skip mandi, breakfast, tunggu bas, berjalan masuk gate, tau tau dah sampai kelas (oh doremon, wer are yu bebi?).
Masuk sekolah menengah, aku tetap liat ke sekolah. Dulu takde handphone, jadi kunci jam loceng tepat tepat pukul 6am. Takde snooze every 5minute apa bagai. Bunyi je loceng kena bangun pergi solat dan mandi. Dan aku suka mandi awal supaya dapat sambung tido stengah jam lagi hehehe. Tapi sebabkan aku sekolah asrama penuh, jadi kemalasan tu tak melampau-lampau sangat sebab kelas pun tingkat bawah bilik tido je (^_^")Y *peace*  Plus, bila dah dewasa ni, rasa semangat sikit nak ke kelas supaya dapat jumpa senior-senior hensem. OoOolalaaa~ Almaklumlah, hormon jerawat tengah melonjak lonjak naik hik hik...
Masuk kolej pula, takkanlahhhh masih liat. Aku suka pergi kelas time kat kolej. Salah satunya mungkin sebab dah tak payah terhegeh-hegeh iron baju. Sarung je apa apa. Tak mandi pun takpe, orang taktau. Buku pun tak payah bawa kehulur kehilir. Time sekolah takde kelas matematik pun masih bawa buku teks matematik takut tibe-tibe cikgu nak spot check. Beraaaat (T_T). 
Kolej memang gudang transformasi. Sebab tu bila jumpa kawan sekolah, rasa masing-masing dah berubah. Yang dulu loghat penangnye pekat, jumpa balik, speaking matsaleh dah. Kawan sekolah yang gemuk, masuk kolej, terus jadi hot setaff. Yang dulu lembut, masuk kolej, terus jadiii...emm...sotong kurita? Anyways, aku cuma nak luahkan rasa seronok bila musim sekolah dah mula, sebab weekdays SHOPPING MALL KOSONG! Yahuuuuu!!

05-01-2016

#5 Pasangan

Kite ada seribu satu peluang untuk pilih pasangan yang paaaaling memikat hati. Kalau bawa keluar mamak, makwe geli nak makan, tinggaaaaal. Bawa jumpa mak, mak tak berkenan dengan seluar skinny jeans koyak kat kepala lutut, breakkkk. Bawa naik motor, aci monyok memanjang, kau tinggalkan je tepi tol Karak biar dia tau erti syukur.
Anyways, aku baru saje mendirikan rumah tangga (atap, siling, dinding semua belum buat lagi. Tangga je dah hua hua hua klakornyew). 4 bulan tu kire baru lah kan? Kentut pun masih bertahan. 
Kadang-kadang bila curi pandang pasangan aku, rasa macam tak percaya kuasa takdir tuhan. Kiteorang ni bukanlah dalam kategori bercinta bertahun-tahun lamanye. Tapi sebut je "jumpa di kolej", mula la orang bayangkan study sama-sama kat library, pergi foodcourt seiring sejalan, minum teh-bing-so (teh ais satu) sedut guna satu straw, baju kena color sama, ambil exam pun pakai jawapan yang sama (eh?!). Itu pun tak tentu dapat naik pelamin.
Kisahnye aku jumpa dia 2 bulan sebelum habis study. Itu pun terrrrrrrrjumpe. Umpama 'tengah jalan menjalan, ternampak henset lenovo, kite pungut bawa balik gune' heh heh heh. Sampai iphone5, hwawei, samsung yang tetibe keluar pasaran pun dah tak pandang.  Sebabnye, malas nak install number baru, transfer gambar, update whatsapp, dan sewaktu dengannye (perumpamaan yang fail lagi adeii). So lepas setahun berkenalan, kiteorang tergedik-gedik bertunaaang. Lepas 6bulan, kiteorang kawinnnn.

Post ni macam takde kaitan sangat. Aku saje nak bagi orang single jeles sebenarnye. Jus kedinggg. On a serious note, bagi yang masih mencari sang puteri atau hang laksamana (cheq laksa kedah! hihihi), jangan cari jauh sangat. Mana tau jiran sebelah yang slalu jual nasi lemak 50sen tu ada anak dara lawa yang pandai masak sambal kerang. Takpun anak lelaki Pakcik Don yang jual ayam setiap hari Ahad pukul 7 pagi. Time chop chop ayam, terserlah muscle tangan kanan dia. Tangan kiri?  Kurus kering bahahaha.
La ni, memilih pun jangan sangat naa. Cerminkan diri, belek muka lama-lama sikit, sauk poket tengok cukup ke tak nak belikan dia barang kosmetik, check brand baju yang kau pakai, kalau setakat FOS, anak jiran sebelah pun dah cukup. Dan yang paling penting, nilai diri sendiri. Semua ada keyakinan Remy Ishak, tapi keimanan yang rendah. Semua nak yang lawa untuk ditayang, tapi kalau tak pandai jaga barang, lama-lama pun buruk. Semua nak indah di media social, tapi reality tak seindah filter-filter instagram.
Aku syukur dapat pasangan yang zezuwaaai dengan aku. Nak cakap kacak, bagi aku, dia lah shaheizy sam+ryan gosling kuasa 2 (hambek kauuu). Dan kalau sebelum kahwin, aku rasa boleh dapat yang ala-ala shah rukh khan gaul dengan channing tatum, tapi tengok je screen laptop, aku sedar diri ini bukanlah maya karin. Ikat rambut pun tak betul. Jerawat macam chipsmore, kejap ada kejap tak. Dan dia juga bukanlah malaikat yang turun ke bumi. Keburukan dan kebaikan aku saling melengkapi baik buruknya juge.

Bagi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, semoga berbahagia ketika susah & senang, tabah hadapi dugaan bersama dan dikurniakan rejeki olehNya. Bagi yang dah bercinta lama, percepatkanlah apa yang penting. Nikah je dulu, 3 tahun lagi dah cukup 20k, baru la buat majlis resepsi. Acaner?
Dan bagi yang belum berpunya dan sudah bersedia nak kahwin, rajin-rajin la berdoa. Keluar rumah, minta-minta la jumpa jodoh. Time makan, lepas baca doa makan, selitkan lah "Ya Allah, nak bini macam Neelofa pleaseee. Aaamin".
Okay, aku ni macam takde kerje lain je.
Dah bye bye...

opsss "Ya Allah, kurniakan aku cahaya mata please. aaaaamin"

04-01-2016
(Selamat Tahun Baru!)