Assalamualaikum. Kum apa? Kumis. Mis apa? Mis aku dok?
Sejujurnye, aku dah lama pasang nawaitu nak update belog cikai ni tapi apekan daya, selalu takde idea ape nak taip. Nak share recipe maggi asam laksa tambah telo tapi macam engkorang dah lama tau je recipe tu. Sebok je tiru! Tapi dari last post aku (bulan Mei), memang banyak berita yang nak aku kongsikan. Ada suka dan ada duka. So aku cut to the chase jelah ek...
PERTAMA. Alhamdulillah Ya Rab, doa aku termakbul. Aku sekarang mengandung.
Kedua, berita gembira ni hanya sempat dikongsi dengan adik ipar aku untuk waktu yang singkat sebab dia telah kembali ke rahmatullah sebelum dia sempat tengok rupa anak buah dia. Tahun ini aku dah kehilangan 2 insan yang sangat disayangi. Semoga arwah uwan dan angah tenang disana.
Ketiga. Aku bakal mengakhirkan Masters study aku bulan ni. Alhamdulillah. Berkat doa mama abah dan sokongan padu dari supervisor aku yang siang malam whatsapp untuk tolong aku.
Keempat, dua hekor kucing aku dah sama sama bunting. Sebok je nak mengandung jugak. Tak bagi aku peluang nak rasa limelight. ughhh!
Keempat, dua hekor kucing aku dah sama sama bunting. Sebok je nak mengandung jugak. Tak bagi aku peluang nak rasa limelight. ughhh!
Aku rasa itu sahaja kupasan kupasan yang tak sempat aku kongsi untuk 6 bulan lepas.
Nanti aku share details on TTC khas untuk wanita yang masih menantikan cahaya mata.
Tunggu na~
02-11-2016