Showing posts with label Budget Percutian. Show all posts
Showing posts with label Budget Percutian. Show all posts

#19 APA ADA DI PHUKET

Krap Kung Khappp~
Kali ni aku berbesar hati nak share citer 'budget trip' aku ke Phuket, Thailand. Seperti biasa, kalau aku sebut je ba alif jim ta, alamatnye, post ini khusus untuk bangla bangla yang nak melancong macam aku. Aku ke Phuket untuk 4 hari 3 malam together-gether dengan 3 lagi kawan. 

Okay yok, start dengan TIKET FLIGHT. Tips nye kalau nak muroh, engkorang book time promo free seats AirAsia. Selalunye setahun awal. Beli bulan Mac 2014, tarikh melancong bulan Jun 2015. Memang murah, tapi berkicap la ketiak ekau nunggu masa nak molancongnye haa.  Anyways, tiket pergi-balik aku beli dengan harga RM200 termasuk seats sahaja tanpa baggage tambahan. Engko nak trip murah, tak payah poyo poyo beli extra baggage 20kg tu. Tak payah bawa kasut 2 3 pasang. Tak payah packing spender satu hari satu.  Spender tu terbalik kan je pakai ulang (bangla pun tak selekeh macam ni hahaha).  Satu lagi, aku rasa time ke Phuket, aku tak beli tambahan insurans. Aku hanya percaya insurans dariNya. Bila ostajah berbicara kauuu.  Balik dari Phuket, baru aku bagitau kengkawan yang aku tak belikan pun insurans untuk dorang jugak BAHAHAHAHA! Thats what happens if you let an ostajah jadian buys the flight tickets. Renung-renungkan dan selamat beramal~

Pastu ACCOMMODATION.
Sebabkan semua masih bujang bujang belake, aku dan rombongan kak leha (kak kiah kena tinggal) duduk hostel je. Aku tak ingat specific harga tapi aku rasa semalam dalam 100 hinggit. Kamiorang ambik bilik family deluxe yang muat 4 orang. Jadi rm100 bahagi dengan ompek? Cun cun je. Budget tak lari, tempat tido pun ada. Aku kalau booking mana mana hotel kat pelusuk dunia memang dari Agoda.com je. Jadi aku tak pasti sama ada harga hostel aku duduk tu murah sebab Agoda atau memang tengah promo. Apa apa pun tergoda goda aku tengok harga yang murah dan bilik yang molek dan tak payah tahan berak sebab malu kongsi tandas dengan matsaleh. wuhuuu! Nama hostel tu, Beds Patong. Usha usha la.




Dahtu ITINERARY lak.
Untuk makluman engkorang, Thailand ni memang alu-alu kan tourist. Menurut gugel, pelancongan ni sumber pendapatan negara dorang yang utama. So, peniaga thai memang baik sangat ngan tourist. Pantai pantai pun terjaga oleh DBKL. Tengah malam matsaleh joget joget kat Bangla road, tapi besok pagi tu, jalan raya bersih bak ang! Aku memang #respek dan suspek dengan Phuket.
Anyway, Phuket ni kalau tak pandai explore, memang siang engko melepek kat Patong Beach, malam engko foya foya kat Bangla Road. Sebabkan aku sekali lagi diberi amanat untuk susunkan aturcara harian, apalagi, naik syeikh la hakuuu. Aku baca kalau kat Phuket, aktiviti yang boleh dibuat macam pegang harimau, naik gajah, pergi zoo dan lawat pantai-pantai. Tapi aku ni bercuti dengan budget, so tak payah nak acah acah Rich Kids from Beverly Hills sangat.

So aku cut down to naik gajah dan misi mencari Big Buddha. Nak ke tourist attraction ni, haroslah menyewa motor untuk penjimatan wang (kalau ada lesen motor).  Naik tuk-tuk pun okaaaaay tapi hang bayar double la.
Malas nak citer lebih, cekidaud gambo gambo kat Phuket. Kalau tak heran, scroll ajeeee~

Matsaleh slamber mandi ngan gajah dalam air yang setahun tak berganti.
Seriusly ewww. Walaupun engkorang tak telan air tu, but you know, it enters celah celah yourrrr...ughhh, your thing. Just ewww.


Ni dua homosapien ni dah pueh hidop kot. Gajah tu slamber pijak atas batu sebelah gaung. Kalau la tibe tibe gajah tu bersin pastu tak balance, haihhh. 

Patong Beach. Bestnye pasal Phuket ni, pantai dia dekat dengan hotel/homestay/hostel/airbnb.
Jalan sikit dah sampai pantai. 

Pergi negara orang lain, takkaaaaan tak usha kawasan kooot.
Tapi makanan di Thailand tak semua halal. Walaupun brand maggie, jangan lupe tengok kalau ada cop halal. Takut sekali perisa "babidos" daa. 
Dem.

Kalau ada kat Malaysia ni, sah sah kalau hujan aku duduk dalam rumah je.
Scary weyh!😓

Eh, ternampak, so kite amik gambar.
Maaflah, gambar di Bangla Road aku buat simpanan personal jelah ek.
Kang beristighfar panjang pulak ko hew hew hew.

Salah satu masjid di Phuket. Kalau abah mama ada mesti dorang masuk untuk solat.
Tapi aku lalu je dengan motor. Hampeh kan?

Fefeeling macam kat eropah.

Somehow, bila tourist naik motor, orang Thai tak heran pun. Macam kebiasaan.

Jumlah tokong kat Phuket jangan cakap la. Setiap corner ada. 



Kata Noi Beach. Ondewei ke Big Buddha, boleh tersesat masuk lorong pantai lain. Nasib baik lawa. Kalau ghupe macam port dickson, memang aku maki hamun je buat perabis petrol. 


Ceritanye kiteorang sesat nak ke big buddha. Lebih kurang 3jam (aku pun tak ingat tapi cerite kena gempak).  So time masih mencari jalan, kamiorang singgah 7-Eleven. Tanya cashier jalan ke big buddha. Tapi dia English pun cam haremmm. Perut pun tengah lapar giler. Kalau kat patong beach, banyak makanan halal, tapi bila dah masuk kawasan lain, susah pulak nak jumpa kedai halal. Umpama matsaleh cari steak kat KL. Jumpa aje. Tapi pergi banting, memang kebulur la. Sampai esok tak jumpa.  So kiteorang ronda ronda kedai kedai kot kot terrrrrjumpa kedai halalatun toiyiban. Dan Alhamdulillah, mungkin Allah nak tolong, terjumpa nasi ayam Phuket. Tapi nasi bukan sebarang nasi. Ni pulut beb. Ayam goreng garing giler cicah dengan spicy cili thai. Giler sodap!


HAAA! NI LAH BIG BUDDHA.
Yang mana? Mana-mana pun boleh😁

Ini di Naka Night Market. Ala-ala uptown. Segala cenderahati ada kat sini.
Nak kesini kena sewa kenderaan la sebab bukan kat kawasan Patong beach.


Pantang ada tanda HALAL je aku cuba. Nasib takde scorpion goreng halal, kalau tak, memang aku beli. Bila lagi nak cube kaaaaan.


Ni salah satu shopping mall terdekat di Patong. Aku tak ingat ape nama dia tapi boleh tahan jugak. Kalah Alamanda aku rasa.


Sebelah je shopping mall, ada pasar raya Banzaan. Sini kalau mak ko pesan gajus ke, kopi ke, belacan thai ke, haaaaa..takyah pegi jauh jauh, ko borong je semua sini.
Tapi aku tak pasti samada orang Thai ni ngam tak dengan budaya tawar menawar semurah boleh kite. Kalau kat HoChiMinh, dorang lali sangat dah. Ce la try.


Murtabak kat Phuket ni boleh buat ngidam beb. Tengok warna garing pun dah tau. Owmannn, kalau ke Phuket lagi, memang aku sarapan sini lagi. Kedai ni dekat je dengan masjid kat Patong yang dalam gambo aku letak. Masjid kat Patong ada satu je pon. Kedai ni dekaaaat je dengan masjid. Tak boleh miss punya lah.

So okay, bagi yang plan nak ke Phuket dengan budget yang kering, harap post ni ada la bantu sikit-sikit. Dapat jugak aku pahala kalau membantu. Cuma aku pesan, pegi Bangla road tu tak payah la bawa anak-anak. Dan tak payah engko tengok show-show yang ditawarkan. Aku nasihat sebab time flight aku balik KL, tibe-tibe turbulence kuat giler. Seumur hidup aku yang beratus kali naik kapal terbang, tak pernah lagi rasa kapal terbang drop dengan laju. Dengan kilat kat luar tingkap. Time tu memang ingat dosa je. Lagi-lagi baru balik dari Phuket. Mati sia-sia je. Walaupun aku tak pi pun show-show Bangla road (sumpah tak), tetap rasa nyesal kalau mati. Tobat hakak dik~~

Anyway, selamat bercuti kap kangkung kap.

24-02-2017

#13 APA ADA DI HO CHI MINH (bahagian 2)

Xin Chào cincau! (maksud : hello cincau)
Untuk bahagian 2, aku akan share restoran restoran di HCM dan recommended makanan yang haros sangat ekau try kat sana. Restoran ni semua dekat dengan Blessing 1 Hotel dan pasar Ben Tahn seperti yang aku cerita dalam BAHAGIAN 1. Dan senang dicari dalam google map.

1) Restoran HAJAH BASIROH.
Kalau engkorang google makanan halal di HCM, rata rata semua suruh makan kat restoran Hjh Basiroh ni. Mungkin sebab dia antara kedai halal yang paling awal betapak kat HCM. So sesampai je aku dan rombongan kak kiah ke sini, kiteorang try kedai Basiroh untuk makan tengahari. Time aku baca review kat blog orang, dorang cakap restoran ni dah tak sesedap dulu dan mahal. Sebabkan Along aku dah terdahulu masuk, takkan nak keluar pulak kan? Alang alang dah masuk rumah orang takkan nak balik tibe tibe. Lagi satu, tak cube tak tahu. So kami pun order beef pho noodle (mee sup daging), nasi goreng biasa dan nasi goreng belacan. Order sikit je sebab nak rasa, tapi portion memang banyak.
Points : 2.5/5.
Review : beef pho memang sedap tapi nasi goreng semua agak kering dan tak memadai dengan harga. Orang melayu kite pun tak ramai kesini. Agak kosong restoran Hjh Basiroh berbanding dengan restoran lain. Mungkin zaman kegemilangan dah berakhir bila banyak restoran halal lain dah dibuka. Persaingan makin banyak wa cakap sama lu.

Sorry yek, tak sempat nak ambil gambar, syaiton dah hasut suruh makan oi. Walaupun  makanannye kurenggg sikit, tapi tetap habis untuk elakkan butiran butiran nasi nangis di akhirat nanti (bila ostajah berbicara).





2) Restoran OSMAN
Untuk makan malam hari pertama, kiteorang try restoran nama lelaki pulak. Mama nak try masakan ikan stim. Agak risky pergi negara lain dan try ikan stim walhal lidah melayu ni kalau tak pedas, tak masam, memang takleh go. Menu kiteorang order, ikan stim masak kungfu, sayur campur, telur dadar dan vietnamese springroll (popiah). Pergi Vietnam tak makan popiah dorang memang tak sah laaa. Aku bagi markah bukan bergantung pada harga semata, tapi pada rasa juga orite. Air blended memang sedap sini. Avocado, caramel dan soursop. Sampaikan malam terakhir pun kiteorang serbu sini untuk minum air blended je.
Points : 3.5/5
Review : Vietnamese springroll ada bau hanyir mungkin bau dari kulit popiah tu. Lauk pauk semua sedap tapi agak kering sebab tak order soup. Dan, portion kat mana mana restoran halal ni semua besar besar. Satu pinggan boleh share 2 orang. Tapi kalau nafsu kau dah macam gajah, eloklah ko order untuk diri sendiri.




3) Restoran SERAI
Ini direcommendkan oleh Abah.  Sebabkan dia dah pergi HCM 2 kali untuk kerja, dia cakap restoran ni memang sedap. Nama Serai pun memang feymes kat Malaysia tapi bukannye Serai yang jual pavlova sedap tu ha.  Untuk kedai Serai kiteorang order beef pho, spicy sour soup, mee goreng dan meehoon goreng singapore. Vietnamese springroll pun kiteorang order sekali lagi untuk rasai perbezaan tempat mahal dan tempat murah (Osman). Popiah kali ni tak hanyir dan ada tambahan daun basil. Tapi aku memang lagi suke popiah goreng malaysia. Sebab tu orang malaysia gemuk gedempol dok ashik telan minyak seri murni siang malam. yammmi yammiiii
Points : 3/5
Review : Mungkin sebab menu yang kiteorang order buat aku takde selera sangat. Tapi meehoon singapore Serai memang sedap. Overall, just okay untuk isi perut. Nak cakap lebih pun aku takde apa sangat nak comment. 










4) Restoran HALAL AMIN
Walaupun nama kedai macam tak havoc, tapi aku rasa antara semua restoran halal, kedai ni paling sedap dan menepati citarasa melayu kite. Aku try pun sebab tengok 2 malam berturut turut ashik penuh dengan orang melayu kite. Kat sini aku try nasi ayam, beef pho noodle, chicken pho noodle dan nasi goreng belacan.
Points : 4.5/5
Review : Markah kurang 0.5 sebab service yang kurang cekap especially untuk customer yang makan di tingkat atas. Habis bagi semua makanan, dorang dah tak naik tingkat atas. So kalau nak order air ke nak minta tissue ke, kenalah turun tangga curam dan minta dari pekerje dorang. Overall, nasi ayam memang sedap, nasi goreng belacan pun sedap giler. Mee daging dan ayam pho tu so so je. Aku tak tau nak klasifikasikan sup sebab sup ni memang macam tu jelah. Ko makan soto orang tanya sedap ke tak, mesti lah sedap sebab ada sup bahahaha jawapan bangang.



Kalaaaaau datang lagi, aku akan makan nasi ayam Halal Amin ni lagi. Berbaloi~





5) Restoran THE DAUN
Kiteorang ke restoran ni sebabkan Along aku cakap datang Veitnam kena try sandwich hoaggies dorang.  Cari punya cari, paling dekat dengan ben tahn adalah restoran The Daun. Dan review dari orang memang memberansangkan. Apalagi, haruslah try sebelum balik besoknye. Sini kiteorang order beef pho sekali lagi (muak giler), spicy beef pho, nasi goreng, meehoon goreng ayam dan beef sandwich. Sandwich memang besar dan sodap bak ang, kalah Subway sekejap. Aku siap kena bungkus separuh sandwich sebab nampak macam pelahap kalau habiskan semua on the spot.
Points : 5/5
Review : Bukannye sengaja nak bias tapi ada sebab kenape restoran ni menang award tripadvisor. Makannye memang sedap. Nasi goreng yang kononnye mama nak share dengan aku, tup tup dia habiskan semua licin. Cuma spicy beef pho tu aku tak berkenan dengan mee dia berbanding dengan mee beef pho. Owner pun sangat friendly. 

 



So aku harap sedikit sebanyak, korang ada lah idea mana nak makan nanti. Takdelah kebulur siang malam makan maggie kari. Selain dari restoran ni, ada je restoran halal lain yang aku tak sempat try sederet dengan Blessing 1 Hotel.
Dan review review aku bagi tu harap takde hard feeling okay. Mana la tau kot kot kedai makcik korang yang aku bagi markah 2.5 tu. 

Okay dah. Chow sin chin.

06-03-2016

#12 APA ADA DI HO CHI MINH (bahagian 1)

Aku baruuuu je balik dari Ho Chi Minh. Penat lelah pun tak hilang *pepoyo jet-lagged*. Tapi sementara segala memori masih fresh, eloklah aku sharey sharey sikit apa ada di HCM.  Kali ni aku cuma nak share tempat-tempat menarik yang harus dipergi, restoran yang halal-halal belaka dan tips&tricks bercuti di HCM.  
Untuk makluman pembaca setia, aku bercuti di HCM selama 4H 3M. Rasa macam sekejap tapi masuk hari ke 2 aku dah tazabarrrr nak balik Malaysia. Sebab apa? sebab nak pecah kepala aku kire duit dorang tiap kali nak bayar makanan. Sape dah pergi, tau lah macam mana stressnye.

Aku nak mula kan post dengan hotel yang aku tinggal.
BLESSING 1 HOTEL 
Honestly, time aku nak book hotel, metaphorically aku rasa rambut aku separuh kepala dah gugur. Stress giler! Ada lebih kurang 30 hotel dalam satu kawasan.  Walaupun mama dah bagi preference yang dia nak dekat dengan pasar Ben Tanh, persoalannye, mana satu yang paling zezzuai yang patut dipilih. Seperti biasa aku akan check Agoda. Godek punya godek. 5 hari 5 malam aku dok check satu persatu review hotel-hotel kat ho chi minh ni. Mesti korang pikir, apasal susah sangat kan? kan? First, kalau aku kaya, memang aku duduk je mana mana 5 star hotel. Nak kemana mana je aku ambil teksi. Tapi sebabkan, accomodation ni atas belas kasihan sponsorship Pa&Ma, aku taknaklah bebankan dengan bil credit card yang tinggi. Second, budget tu budget jugak tapi haroslah ada standard. Taknak lah main pilih je hotel murah, sekali tandas bersharing, aircond tinggal gas kosong, lobang shower tersumbat. Yu get what i mean kan? and Third, bila bawa kanak-kanak, harus juga mempertimbangkan rupe kawasan hotel, jarak hotel dari tempat makan, dan keselesaan bilik. 
So akhirnye, top 3 hotel sebelum confem Blessing 1 Hotel adalah Cat Hotel, Saigon Pink Hotel dan Blessing 1 Hotel. Semuanye 5 minit berjalan kaki ke pasar ben tanh.  Boleh lah chekidaud hotel hotel ni kalau Blessing 1 Hotel tak menepati citarasa anda.


Personal Review : Untuk bilik Luxury Quad (2 double queen bed), ruang sangatlah spacious. Ada sofa dalam bilik, so boleh la seludup lagi sorang hihi. Tandas memang tiptop. Soket tak perlu bawa universal charger sebab boleh masuk charger Samsung/iphone/lenovo/oppo engkorang. TV ada channel astro walaupun tak banyak, boleh la hidup tengok Tomorrowland 2 3 kali. Iron takde kat hotel ni (T___T).
Bilik twin bed (2 single bed), ruang agak terhad especially untuk solat. Tak muatlah kalau nak jemaah satu keluarga. Tandas ada bathtub. Tuala untuk semua jenis bilik disediakan.
Sarapan yang disediakan 70% halalatun toiyiban insya Allah. Kalau ada ayam tu jangan nak memandai isytihar darurat, buah masih ada. cornflakes, salad, roti dan telur rebus semua disediakan. Nasi goreng pun dorang letak cebisan ikan. Overall, memang muslim friendly. 

Aku memang recommendkan Blessing 1 Hotel ni walaupun harga sedikiiiiit mahal dari hotel lain. Mungkin next time aku datang, aku try hotel lain pulak. Ececeee, tadi cakap tak sabar nak balik, ni nak datang lagi pulak ehek ehek *tergedik gedik*

Anyway, now aku share tempat-tempat menarik di HCM :

1) Ben Tanh Market : Ni memang lubuk segala lubuk orang melayu kite bershopping sampai tak ingat nama anok bini.  Kat pintu masuk dah ada syaitooon menunggu untuk menggoda mokcik-mokcik, kakok-kakok, abe-abe, ayoh-ayoh dan semuo pompuang untuk membeli. Tak kira lah kain ke, beg ke, kain lagi ke, baju, sluor, kain lagi. Acah acah petaling street kite la ni. 
Dan sini peniaga memang aggressive. Jangan memandai test try tawar menawar pastu tak jadi beli, memang free free kena sumpah jadi hanjiang. Tawar menawar pun haruslah harga yang logik. Karang dia dok panggil kite "yu crazy ah". Sampai-sampai je HCM, along aku dah brainwash cakap RM5=25,000vdn. Plus minus la. Duit RM masih laku kat sini tapi peniaga ni pandai, kadang kadang dorang mahalkan sikit bila convert RM ke VDN. Alasannye duit kite jatuh hari ni. Pepandai sendiri lah korang budget berape nak exchange duit. Tips aku, guna VDN untuk makan minum, dan guna RM untuk shopping. USD tak diperlukan. Buat pening kepala hotak je dok convert duit.


Malam dari pukul 6pm-12am (masa tempatan), barang pasar besar ben tanh ni dorang harung bawa kat luar pulak. Agak hype jugak la. Kalau terlupa nak belikan mak mertua tshirt "Just Pho You", boleh la lari sat ke downtown ben tanh. 

2) INDEPENDANCE PALACE a.k.a War Remnant Museum : Okay sebabkan aku dan rombongan kak kiah aku taklah patriotic sangat, kiteorang tak pergi Cu Chi Tunnel. Untuk info : harga ke Cu Chi tunnel tour, sekepala RM70/350,000vdn. Dan harga untuk masuk ke museum ni RM3/sekepala/15,000vdn. Berbaloi ke tak tu taktau lah.  Mama aku cakap, kite bayar untuk tengok meja kerusi President dorang je kah kah kah. Betul jugak. Tapi kalau tak kesini, memang korang siang malam berfoya-foya kat pasar Ben Tanh tu je. Nak mengisi aktiviti, boleh la lawat museum ni. Dari hotel mengambil masa kurang dari 30 minit untuk jalan ke sini.  



3) Saigon Central Post Office : Pos ofis ni dibina pada tahun 1885 time Vietnam dijajah oleh Perancis (maaf dipohon kalau fakta salah. Almaklumlah, SPM Sejarah dapat C je). Sehingga hari ni, pos ofis ni masih beroperasi. So sempatlah aku hantar poskad kat orang tersayang (suami) nun jauh di rumah. Satu poskad 5,000vdn dan setem 10,000vdn. Interior dalam pos ofis ni memang ada french touches. Terasa macam kat oversea sekejap. Cara ke sini, boleh ambil teksi takpun gunakan kaki Allah bagi dengan sepenuhnye. Duration dari hotel guna kaki, 40 minit. Lepas ke museum, terus je ke pos ofis. Tak rugi, serious!








4) City Hall of Saigon : Aku sebenarnye terserempak dengan dataran ni time ondewei ke Saigon Post Office. Tak tau apa sejarah dataran dan dewan bandaraya ni tapi memang luasssss.  Ada kelebihan juga bila berjalan kaki walaupun cuaca panas terik. Dapat jumpa shoping complex dan tempat tempat classy ala-ala Pavilion KL kite. Tapi kosong je sebab kedai semua brand.

























Cukuplah aku share tempat-tempat menarik di HCM. Memang tak banyak sebab tu orang datang shopping kat pasar ben tanh je. Untuk post bahagian 2, aku akan share restoran-restoran halal yang boleh direcommend. Dalam 4 hari, 5 restoran halal aku try. Naik muak makan beef pho.
Lapar la pulak.

04-03-2016