Untuk bahagian 2, aku akan share restoran restoran di HCM dan recommended makanan yang haros sangat ekau try kat sana. Restoran ni semua dekat dengan Blessing 1 Hotel dan pasar Ben Tahn seperti yang aku cerita dalam BAHAGIAN 1. Dan senang dicari dalam google map.
1) Restoran HAJAH BASIROH.
Kalau engkorang google makanan halal di HCM, rata rata semua suruh makan kat restoran Hjh Basiroh ni. Mungkin sebab dia antara kedai halal yang paling awal betapak kat HCM. So sesampai je aku dan rombongan kak kiah ke sini, kiteorang try kedai Basiroh untuk makan tengahari. Time aku baca review kat blog orang, dorang cakap restoran ni dah tak sesedap dulu dan mahal. Sebabkan Along aku dah terdahulu masuk, takkan nak keluar pulak kan? Alang alang dah masuk rumah orang takkan nak balik tibe tibe. Lagi satu, tak cube tak tahu. So kami pun order beef pho noodle (mee sup daging), nasi goreng biasa dan nasi goreng belacan. Order sikit je sebab nak rasa, tapi portion memang banyak.
Points : 2.5/5.
Review : beef pho memang sedap tapi nasi goreng semua agak kering dan tak memadai dengan harga. Orang melayu kite pun tak ramai kesini. Agak kosong restoran Hjh Basiroh berbanding dengan restoran lain. Mungkin zaman kegemilangan dah berakhir bila banyak restoran halal lain dah dibuka. Persaingan makin banyak wa cakap sama lu.
2) Restoran OSMAN
Untuk makan malam hari pertama, kiteorang try restoran nama lelaki pulak. Mama nak try masakan ikan stim. Agak risky pergi negara lain dan try ikan stim walhal lidah melayu ni kalau tak pedas, tak masam, memang takleh go. Menu kiteorang order, ikan stim masak kungfu, sayur campur, telur dadar dan vietnamese springroll (popiah). Pergi Vietnam tak makan popiah dorang memang tak sah laaa. Aku bagi markah bukan bergantung pada harga semata, tapi pada rasa juga orite. Air blended memang sedap sini. Avocado, caramel dan soursop. Sampaikan malam terakhir pun kiteorang serbu sini untuk minum air blended je.
Points : 3.5/5
Review : Vietnamese springroll ada bau hanyir mungkin bau dari kulit popiah tu. Lauk pauk semua sedap tapi agak kering sebab tak order soup. Dan, portion kat mana mana restoran halal ni semua besar besar. Satu pinggan boleh share 2 orang. Tapi kalau nafsu kau dah macam gajah, eloklah ko order untuk diri sendiri.
3) Restoran SERAI
Ini direcommendkan oleh Abah. Sebabkan dia dah pergi HCM 2 kali untuk kerja, dia cakap restoran ni memang sedap. Nama Serai pun memang feymes kat Malaysia tapi bukannye Serai yang jual pavlova sedap tu ha. Untuk kedai Serai kiteorang order beef pho, spicy sour soup, mee goreng dan meehoon goreng singapore. Vietnamese springroll pun kiteorang order sekali lagi untuk rasai perbezaan tempat mahal dan tempat murah (Osman). Popiah kali ni tak hanyir dan ada tambahan daun basil. Tapi aku memang lagi suke popiah goreng malaysia. Sebab tu orang malaysia gemuk gedempol dok ashik telan minyak seri murni siang malam. yammmi yammiiii
Points : 3/5
Review : Mungkin sebab menu yang kiteorang order buat aku takde selera sangat. Tapi meehoon singapore Serai memang sedap. Overall, just okay untuk isi perut. Nak cakap lebih pun aku takde apa sangat nak comment.
4) Restoran HALAL AMIN
Walaupun nama kedai macam tak havoc, tapi aku rasa antara semua restoran halal, kedai ni paling sedap dan menepati citarasa melayu kite. Aku try pun sebab tengok 2 malam berturut turut ashik penuh dengan orang melayu kite. Kat sini aku try nasi ayam, beef pho noodle, chicken pho noodle dan nasi goreng belacan.
Points : 4.5/5
Review : Markah kurang 0.5 sebab service yang kurang cekap especially untuk customer yang makan di tingkat atas. Habis bagi semua makanan, dorang dah tak naik tingkat atas. So kalau nak order air ke nak minta tissue ke, kenalah turun tangga curam dan minta dari pekerje dorang. Overall, nasi ayam memang sedap, nasi goreng belacan pun sedap giler. Mee daging dan ayam pho tu so so je. Aku tak tau nak klasifikasikan sup sebab sup ni memang macam tu jelah. Ko makan soto orang tanya sedap ke tak, mesti lah sedap sebab ada sup bahahaha jawapan bangang.
Kalaaaaau datang lagi, aku akan makan nasi ayam Halal Amin ni lagi. Berbaloi~
5) Restoran THE DAUN
Kiteorang ke restoran ni sebabkan Along aku cakap datang Veitnam kena try sandwich hoaggies dorang. Cari punya cari, paling dekat dengan ben tahn adalah restoran The Daun. Dan review dari orang memang memberansangkan. Apalagi, haruslah try sebelum balik besoknye. Sini kiteorang order beef pho sekali lagi (muak giler), spicy beef pho, nasi goreng, meehoon goreng ayam dan beef sandwich. Sandwich memang besar dan sodap bak ang, kalah Subway sekejap. Aku siap kena bungkus separuh sandwich sebab nampak macam pelahap kalau habiskan semua on the spot.
Points : 5/5
Review : Bukannye sengaja nak bias tapi ada sebab kenape restoran ni menang award tripadvisor. Makannye memang sedap. Nasi goreng yang kononnye mama nak share dengan aku, tup tup dia habiskan semua licin. Cuma spicy beef pho tu aku tak berkenan dengan mee dia berbanding dengan mee beef pho. Owner pun sangat friendly.
So aku harap sedikit sebanyak, korang ada lah idea mana nak makan nanti. Takdelah kebulur siang malam makan maggie kari. Selain dari restoran ni, ada je restoran halal lain yang aku tak sempat try sederet dengan Blessing 1 Hotel.
Dan review review aku bagi tu harap takde hard feeling okay. Mana la tau kot kot kedai makcik korang yang aku bagi markah 2.5 tu.
Okay dah. Chow sin chin.
06-03-2016