Showing posts with label Coretan Santai. Show all posts
Showing posts with label Coretan Santai. Show all posts

#16 Pasar Malam

Selain kenduri kawin, open house raye dan birthday parties, aku paling la suke pergi pasar malam.  Pantang orang ajak, mesti aku paling beriye-iye sarung tudung terus. Sebenarnye, pasar malam ni dah macam rumah kedua aku (BAHAHAHA selekeh la kau). Apa yang seronok sangat pun aku tak tau. Balik balik makanan yang sama jugak aku beli. Round 2 3 kali. Last last pergi beli yong tau fu tempat yang sama. Teringat time dating dulu pun, aku mesti bawa mantan-mantans aku ke pasar malam. Senang nak pilih apa nak makan. Tak payah susah susah jawab soalan STPM "bebi nak makan kat mana?" Itu saje dah ambik masa sejam fikir. Sekali aku jawab "emm mana mana je pun okay buchux hancing." Haaaa, meragau kau cari tempat nak makan.  Kire bersyukur la kalau dapat makwe sempoi macam haku ni. Ada minachi yang jejak pasar malam pun tak nak. Tak class laaa. Padahal pakwe ko tu orang ghombau sejati.  Beger mekdi pun first time makan time kolej. Itu pun kerat dua ngan roomate dia (metafor takde kaitan dengan yang hidup mahupun yang ex)

Banyak jugak kawasan pasar malam aku dah singgah. Tapi aku bukan kategori hantu pasar malam lagi la. Yang jauh kat KL, kuolo selangor tu takde lah aku terhegeh-hegeh kena lawat. Cukup la yang mana dekat.  Pergi pasar malam jauh jauh, last last beli murtabak ayam rm3. Baik engko makan kat Subway lagi berbaloi dari bazir masa, petrol, smart tag dan tenaga untuk bersiap.

Post kali ni pendek sebab aku dibayar untuk promote pasar malam ;-p jus kedinggg.  Aku actually nak share jadual pasar malam yang selalu aku lawat. Kalau terjumpa aku tu, sep la sikit. Jangan la bisik belakang, standby camera henfon nak ambil gambar together-gether, tapi last last segan nak tegur (itu sebijik macam aku kalau jumpa remy ishak (-__-"))
Anyways...

1) Putrajaya Presint 4 (belakang Istana Kehakiman) : Setiap hari Selasa & Jumaat. Bermula dari 3 pm - 10pm. Pasar malam putrajaya seba serbi. Makanan ada, baju kurung dan shawl ada, gerai buah ada, orang jual sayor dan ayam daging pun ada.

2) Shah Alam Seksyen 6 (di kawasan parking kereta Pasar seksyen 6 SA) : Every Selasa & Jumaat. Bermula dari 4pm - 9pm kot. Tak pernah aku pergi time malam. Sini banyak jual makanan je sebab pagi pagi memang ada pasar basah dan kering.

3) Bandar Saujana Putra (sebelah Petronas) : Setiap Selasa. Bermula dari 6pm - 10pm.

4) Solaris Dutamas, KL : Setiap hari memang takde kat kawasan ni. Hahahaha mana la ada pasar malam kat kawasan oghang kaye raye hari-hari hari raye (^o^)Y

Yong tau fu & tau fu fah memang wajib hihi

07-05-2016


#9 Lemak

Exam Rumahtangga 419

*J (jawapan). *SJ (skema jawapan)
Arahan : Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1) Wey, makin gemuk ar kau!
J : Biaselahhhh aku tengah bahagiaaaah ahhh ahhh~
SJ : Lahabau kau! Tunggu ko kawin nanti. Duduk rumah, kerja kau makaaaan je.

2) So acaner life lepas kawin?
J : Emm macam makin hari makin sayang~ ehek ehek (tergedik gedik)
SJ : Same je. Cuma ada mahkluk lain kite kena ambil kire segala pendapat dan perasaan.

3) Pernah bergaduh ke dengan pasangan?
J : Eh tak lah. Gaduh pasal siapa sayang lebih ada lah. hikss~
SJ : Bilik panas pun boleh buat gaduh okay (-_-") #seriouscase

4) Wei, jom window shopping weekend ni!
J : Tak boleh la. Suami tak bagi. Dia nak bermanje manje weekend ni.
SJ : Malas aku nak jalan jalan. Baju kotor pun masih banyak berlonggok.

5) Ko masak ke kat rumah?
J : Wau. Alif. Jim. Ba okaaay. Air tangan isteri kan lebih bagus dari mamak Hakim seksyen 7.
SJ : Kalau boleh setiap hari aku nak makan kat luar heh heh heh. Malas tahap cipan.

6) Bestnye ada orang nak dipeluk malam malam.
J : A'ah you. Lagi lagi time sejuuuuk.
SJ : Seriously, aku peluk bantal busuk malam malam.

7) Semua jawapan kau macam conclusionnye best je selepas kahwin.
J : Alhamdulillah, macam tu lah nampaknye. Jangan jeles tauuu~
SJ : Nasihat aku, bersedialah dari segi mental, fizikal dan yang paling penting emosi. Bertolak ansur, saling memaafi, bersabar and bertimbang rasa. Nak tau best ke tak, kenalah kahwin :-p

Aku macam takde motif kukuh untuk tulis post ni. Tapi sebab dah terlanjur type, malas aku nak delete semua balik. Ramai kawan aku dah start miang miang nak kahwin (aku paling miang sebab kahwin awal ehek ehek). Rata-rata kawan yang aku jumpa semua tanya soalan yang sama, "best tak kahwin?" "so macam mana life lepas kahwin?" "gaduh tak?" "gaduh pasai apa?". Aku pun taktau nak jawab apa. Ada orang bahagia awal awal kahwin. Honeymoon memanjang sampai lupa nak ngadap reality. Ada yang gaduh 3 bulan pertama sebab nak suaikan diri dengan pasangan. Ada yang tak rasa perubahan sebab dah bercinta lebih 15 tahun sejak sekolah lagi. Ada yang kahwin tapi tak tidur sebilik macam dalam drama melayu pukul 6 petang tu.

Aku? Awal awal memang banyak bermasam muka sebab banyak perubahan harus disuaikan. Elok elok makan maggie, sekarang kena masak nasi berlauk. Dari cuci satu load baju, sekarang kena cuci 2 load. Lipat baju pulak takkan baju sendiri je kan? Tuala tak boleh main sangkut kat tombol pintu sesuka hati. Dia pun dah tak boleh la keluar rumah sesuka hati macam CEO. Harus minta permission secretary. Weekend pun sentiasa diisi dengan shopping barangan dapur. Takpun melawat keluarga mertua. Alhamdulillah, kiteorang tak banyak kerenah pelik. Tak ramai kawan kawan yang harus dipuas hatikan. Apa yang dia tak suka, aku ikutkan, Dan apa yang aku tak suka, GILA KAU kalau dia tak ikut?! Sebulan la dia berpuasa batin!

Anyways, nasihat aku pada yang masih berpegang pada "Single is simple, Couple is trouble",semoga engkau happy tolak kerusi roda kau sendiri. Okay im mabuk. bai.

31-01-2016

#6 First day of SCHOOL

Dari darjah 2 sampai darjah 4, pagi-pagi mama akan kejutkan aku setengah jam awal untuk aku ke bilik dia dan sambung tido. Aku akan himpitkan diri tido sebelah abah. Ini memang routine WAU ALIF JIM BA! Kalau mama lupe, memang aku mengamuk pagi-pagi. Mandi sambil nangis. Pakai baju masih tersedu sedu. Bas pakcik hashim dah hon hon kat bawah. Lagi buat aku rasa cuak dan marah. 
Aku memang liat ke sekolah, tapi aku suka ke sekolah. Aku rasa semua budak pun macam tu sebenarnye. Kan best kalau boleh skip mandi, breakfast, tunggu bas, berjalan masuk gate, tau tau dah sampai kelas (oh doremon, wer are yu bebi?).
Masuk sekolah menengah, aku tetap liat ke sekolah. Dulu takde handphone, jadi kunci jam loceng tepat tepat pukul 6am. Takde snooze every 5minute apa bagai. Bunyi je loceng kena bangun pergi solat dan mandi. Dan aku suka mandi awal supaya dapat sambung tido stengah jam lagi hehehe. Tapi sebabkan aku sekolah asrama penuh, jadi kemalasan tu tak melampau-lampau sangat sebab kelas pun tingkat bawah bilik tido je (^_^")Y *peace*  Plus, bila dah dewasa ni, rasa semangat sikit nak ke kelas supaya dapat jumpa senior-senior hensem. OoOolalaaa~ Almaklumlah, hormon jerawat tengah melonjak lonjak naik hik hik...
Masuk kolej pula, takkanlahhhh masih liat. Aku suka pergi kelas time kat kolej. Salah satunya mungkin sebab dah tak payah terhegeh-hegeh iron baju. Sarung je apa apa. Tak mandi pun takpe, orang taktau. Buku pun tak payah bawa kehulur kehilir. Time sekolah takde kelas matematik pun masih bawa buku teks matematik takut tibe-tibe cikgu nak spot check. Beraaaat (T_T). 
Kolej memang gudang transformasi. Sebab tu bila jumpa kawan sekolah, rasa masing-masing dah berubah. Yang dulu loghat penangnye pekat, jumpa balik, speaking matsaleh dah. Kawan sekolah yang gemuk, masuk kolej, terus jadi hot setaff. Yang dulu lembut, masuk kolej, terus jadiii...emm...sotong kurita? Anyways, aku cuma nak luahkan rasa seronok bila musim sekolah dah mula, sebab weekdays SHOPPING MALL KOSONG! Yahuuuuu!!

05-01-2016

#5 Pasangan

Kite ada seribu satu peluang untuk pilih pasangan yang paaaaling memikat hati. Kalau bawa keluar mamak, makwe geli nak makan, tinggaaaaal. Bawa jumpa mak, mak tak berkenan dengan seluar skinny jeans koyak kat kepala lutut, breakkkk. Bawa naik motor, aci monyok memanjang, kau tinggalkan je tepi tol Karak biar dia tau erti syukur.
Anyways, aku baru saje mendirikan rumah tangga (atap, siling, dinding semua belum buat lagi. Tangga je dah hua hua hua klakornyew). 4 bulan tu kire baru lah kan? Kentut pun masih bertahan. 
Kadang-kadang bila curi pandang pasangan aku, rasa macam tak percaya kuasa takdir tuhan. Kiteorang ni bukanlah dalam kategori bercinta bertahun-tahun lamanye. Tapi sebut je "jumpa di kolej", mula la orang bayangkan study sama-sama kat library, pergi foodcourt seiring sejalan, minum teh-bing-so (teh ais satu) sedut guna satu straw, baju kena color sama, ambil exam pun pakai jawapan yang sama (eh?!). Itu pun tak tentu dapat naik pelamin.
Kisahnye aku jumpa dia 2 bulan sebelum habis study. Itu pun terrrrrrrrjumpe. Umpama 'tengah jalan menjalan, ternampak henset lenovo, kite pungut bawa balik gune' heh heh heh. Sampai iphone5, hwawei, samsung yang tetibe keluar pasaran pun dah tak pandang.  Sebabnye, malas nak install number baru, transfer gambar, update whatsapp, dan sewaktu dengannye (perumpamaan yang fail lagi adeii). So lepas setahun berkenalan, kiteorang tergedik-gedik bertunaaang. Lepas 6bulan, kiteorang kawinnnn.

Post ni macam takde kaitan sangat. Aku saje nak bagi orang single jeles sebenarnye. Jus kedinggg. On a serious note, bagi yang masih mencari sang puteri atau hang laksamana (cheq laksa kedah! hihihi), jangan cari jauh sangat. Mana tau jiran sebelah yang slalu jual nasi lemak 50sen tu ada anak dara lawa yang pandai masak sambal kerang. Takpun anak lelaki Pakcik Don yang jual ayam setiap hari Ahad pukul 7 pagi. Time chop chop ayam, terserlah muscle tangan kanan dia. Tangan kiri?  Kurus kering bahahaha.
La ni, memilih pun jangan sangat naa. Cerminkan diri, belek muka lama-lama sikit, sauk poket tengok cukup ke tak nak belikan dia barang kosmetik, check brand baju yang kau pakai, kalau setakat FOS, anak jiran sebelah pun dah cukup. Dan yang paling penting, nilai diri sendiri. Semua ada keyakinan Remy Ishak, tapi keimanan yang rendah. Semua nak yang lawa untuk ditayang, tapi kalau tak pandai jaga barang, lama-lama pun buruk. Semua nak indah di media social, tapi reality tak seindah filter-filter instagram.
Aku syukur dapat pasangan yang zezuwaaai dengan aku. Nak cakap kacak, bagi aku, dia lah shaheizy sam+ryan gosling kuasa 2 (hambek kauuu). Dan kalau sebelum kahwin, aku rasa boleh dapat yang ala-ala shah rukh khan gaul dengan channing tatum, tapi tengok je screen laptop, aku sedar diri ini bukanlah maya karin. Ikat rambut pun tak betul. Jerawat macam chipsmore, kejap ada kejap tak. Dan dia juga bukanlah malaikat yang turun ke bumi. Keburukan dan kebaikan aku saling melengkapi baik buruknya juge.

Bagi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, semoga berbahagia ketika susah & senang, tabah hadapi dugaan bersama dan dikurniakan rejeki olehNya. Bagi yang dah bercinta lama, percepatkanlah apa yang penting. Nikah je dulu, 3 tahun lagi dah cukup 20k, baru la buat majlis resepsi. Acaner?
Dan bagi yang belum berpunya dan sudah bersedia nak kahwin, rajin-rajin la berdoa. Keluar rumah, minta-minta la jumpa jodoh. Time makan, lepas baca doa makan, selitkan lah "Ya Allah, nak bini macam Neelofa pleaseee. Aaamin".
Okay, aku ni macam takde kerje lain je.
Dah bye bye...

opsss "Ya Allah, kurniakan aku cahaya mata please. aaaaamin"

04-01-2016
(Selamat Tahun Baru!)


#4 Kebersihan

Aku ni acah acah ada double life. Ada hari kalau jalan-jalan memang nampak macam seminggu tak mandi. Dan ada hari memang tip top head-to-toe rozitachewan-ish.  Lagi lagi kalau ke bangsar, takpun Ikea. Padahal chinese kalau ke Pavilion slamber pakai short dengan singlet pagoda masuk kedai LV. "Biar papa oo, asal duit wa bertingkek-tingkek". Dan kalau keluar ke pasar malam, nauzubillah, mak bapak aku lalu pun tak mengaku anak kot. TIPS : Kalau kauorang nak tengok the true face makwe/pakwe korang, ce bawa pergi pasar malam. Time time muka berminyak, berpeloh tu lah korang ngadap bangun pagi nanti hew hew hew.

Anyways, aku nak cerite pasal obsesi kebersihan aku. Nope, aku bukan OCD (Orang Cantik Dunia mehh (-_-")). Aku rasa aku takde obsessive-compulsive disorder. Tapi mungkin semua orang di dunia ada la sikit ocd tu. 0.2% maybe. Tahap ocd aku berbanding kakak aku 40% kot. Kakak aku boleh biar anak dia jilat permainan yang dia jumpa berkurun lamanye bawah kerusi. Nak pengsan aku tengok anak buah aku slamber gigit gigit rubber toys dia dengan seleranye. Ntah segala habuk, cebisan kulit kaki, hama lipas yang melekat kat permainan tu. Meremang bulu roma lak aih. Traumatized!

Aku kalau kat rumah, pulas tombol pintu pun rasa macam kena cuci tangan balik. Lepas belai kucing, aku cuci tangan. Lepas aku guna laptop menaip blog ni, aku cuci tangan. Lepas mandi pun aku cuci tangan lagi (okay tipu). Walaupun bukan dengan sabun, aku haros membilas tangan aku.  Sebenarnye tak membantu pun. Bacteria tetap beranak pinak di sekeliling. So kadang-kadang aku cuba avoid cuci tangan lepas buang hadas besar (okay tipu lagi). Aku sedapkan hati je kekadang. Tak layan sangat otak pemikiran aku yang mengada nak bersih padahal mandi pun kurang dari 10minit.

Back to my motive, sebabkan aku membela 2 ekor kucing, aku selalu rasa macam orang luar ada perspective buruk tentang pemelihara haiwan berbulu ni.
"Mesti rumah dia bau hancing"
"Mesti bulu melekat kalau masuk rumah dia"
"Mesti sofa dia koyak rabak"
"Geli lah nak makan rumah dia"
Selalunye comment negative ni datang daripada orang yang tak membela haiwan dan yang memang allergic pada haiwan. Kalau nak tau, aku dalam rumah sendiri pun ada rasa "haishh, bau taik kucing lagi". Aku try 4 jenis jenama pasir untuk hilangkan bau busuk. Makanan bagi royal canin je. Kucing 2 ekor tu, aku mandikan seminggu sekali. Bilik tido, memang restricted area. Aku vacuum rumah 2 kali seminggu dan mop 2 kali sebulan. Sofa aku fabreez kan. Dan kalau nak masak, aku bilas segala kuali dan mangkuk sebelum guna. Kesimpulannye, jangan la pikiaq orang yang bela haiwan ni tak pembersih.
Ada orang macam aku, dan ada orang yang kencing pun malas nak cebok.
THE END

19-12-2015

#1 Orentasi

Rasanya dah 3 kali ubah nama untuk blog ni. Kejap nak buat belog ala-ala hanis zalikha. Share info dan peraduan la kononnye. Pastu register ngan nuffnag. Dapat la side income. Haremmmmm. Nak screenshot pun malasss, apalagi nak letak gambar satu-satu dengan description. .
Pastu ubah la nak cerita pasai kehidupan seharian. Yelah, time tu tengah dalam persiapan nak kahwin, adalah benda nak cerite. Adalah dalam 5 post je. Sempat share pasal budget tunang.  Tips nak jimat majlis. Tema apa nak buat bagai. Bila bace balik rasa poyo pulaks hik hik  Y(^_^)Y
Then aku deleeete balik semua. Start buat belog private pulak untuk ceritakan segala resah hati yang mengganggu (baru lepas kahwin khaaaan). The blog was in English hokaaay. Tapiii bila baca balik, rasa macam mengada sangat ashik mengadu itu ini. Bapak bosan. Sooow not me.
Last last, ini lah belog yang paling latest "Tiba Time Tangan Type". Tak pasti lagi nak share to public ke tak. Tengoklah berapa lama dapat bertahan. Cukup 10 post, aku official kan ke dunia luar (haishh poyo lagi).
Okaylah, bye.

06-12-2015