#5 Pasangan

Kite ada seribu satu peluang untuk pilih pasangan yang paaaaling memikat hati. Kalau bawa keluar mamak, makwe geli nak makan, tinggaaaaal. Bawa jumpa mak, mak tak berkenan dengan seluar skinny jeans koyak kat kepala lutut, breakkkk. Bawa naik motor, aci monyok memanjang, kau tinggalkan je tepi tol Karak biar dia tau erti syukur.
Anyways, aku baru saje mendirikan rumah tangga (atap, siling, dinding semua belum buat lagi. Tangga je dah hua hua hua klakornyew). 4 bulan tu kire baru lah kan? Kentut pun masih bertahan. 
Kadang-kadang bila curi pandang pasangan aku, rasa macam tak percaya kuasa takdir tuhan. Kiteorang ni bukanlah dalam kategori bercinta bertahun-tahun lamanye. Tapi sebut je "jumpa di kolej", mula la orang bayangkan study sama-sama kat library, pergi foodcourt seiring sejalan, minum teh-bing-so (teh ais satu) sedut guna satu straw, baju kena color sama, ambil exam pun pakai jawapan yang sama (eh?!). Itu pun tak tentu dapat naik pelamin.
Kisahnye aku jumpa dia 2 bulan sebelum habis study. Itu pun terrrrrrrrjumpe. Umpama 'tengah jalan menjalan, ternampak henset lenovo, kite pungut bawa balik gune' heh heh heh. Sampai iphone5, hwawei, samsung yang tetibe keluar pasaran pun dah tak pandang.  Sebabnye, malas nak install number baru, transfer gambar, update whatsapp, dan sewaktu dengannye (perumpamaan yang fail lagi adeii). So lepas setahun berkenalan, kiteorang tergedik-gedik bertunaaang. Lepas 6bulan, kiteorang kawinnnn.

Post ni macam takde kaitan sangat. Aku saje nak bagi orang single jeles sebenarnye. Jus kedinggg. On a serious note, bagi yang masih mencari sang puteri atau hang laksamana (cheq laksa kedah! hihihi), jangan cari jauh sangat. Mana tau jiran sebelah yang slalu jual nasi lemak 50sen tu ada anak dara lawa yang pandai masak sambal kerang. Takpun anak lelaki Pakcik Don yang jual ayam setiap hari Ahad pukul 7 pagi. Time chop chop ayam, terserlah muscle tangan kanan dia. Tangan kiri?  Kurus kering bahahaha.
La ni, memilih pun jangan sangat naa. Cerminkan diri, belek muka lama-lama sikit, sauk poket tengok cukup ke tak nak belikan dia barang kosmetik, check brand baju yang kau pakai, kalau setakat FOS, anak jiran sebelah pun dah cukup. Dan yang paling penting, nilai diri sendiri. Semua ada keyakinan Remy Ishak, tapi keimanan yang rendah. Semua nak yang lawa untuk ditayang, tapi kalau tak pandai jaga barang, lama-lama pun buruk. Semua nak indah di media social, tapi reality tak seindah filter-filter instagram.
Aku syukur dapat pasangan yang zezuwaaai dengan aku. Nak cakap kacak, bagi aku, dia lah shaheizy sam+ryan gosling kuasa 2 (hambek kauuu). Dan kalau sebelum kahwin, aku rasa boleh dapat yang ala-ala shah rukh khan gaul dengan channing tatum, tapi tengok je screen laptop, aku sedar diri ini bukanlah maya karin. Ikat rambut pun tak betul. Jerawat macam chipsmore, kejap ada kejap tak. Dan dia juga bukanlah malaikat yang turun ke bumi. Keburukan dan kebaikan aku saling melengkapi baik buruknya juge.

Bagi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, semoga berbahagia ketika susah & senang, tabah hadapi dugaan bersama dan dikurniakan rejeki olehNya. Bagi yang dah bercinta lama, percepatkanlah apa yang penting. Nikah je dulu, 3 tahun lagi dah cukup 20k, baru la buat majlis resepsi. Acaner?
Dan bagi yang belum berpunya dan sudah bersedia nak kahwin, rajin-rajin la berdoa. Keluar rumah, minta-minta la jumpa jodoh. Time makan, lepas baca doa makan, selitkan lah "Ya Allah, nak bini macam Neelofa pleaseee. Aaamin".
Okay, aku ni macam takde kerje lain je.
Dah bye bye...

opsss "Ya Allah, kurniakan aku cahaya mata please. aaaaamin"

04-01-2016
(Selamat Tahun Baru!)