Exam Rumahtangga 419
*J (jawapan). *SJ (skema jawapan)
Arahan : Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
1) Wey, makin gemuk ar kau!
J : Biaselahhhh aku tengah bahagiaaaah ahhh ahhh~
SJ : Lahabau kau! Tunggu ko kawin nanti. Duduk rumah, kerja kau makaaaan je.
2) So acaner life lepas kawin?
J : Emm macam makin hari makin sayang~ ehek ehek (tergedik gedik)
SJ : Same je. Cuma ada mahkluk lain kite kena ambil kire segala pendapat dan perasaan.
3) Pernah bergaduh ke dengan pasangan?
J : Eh tak lah. Gaduh pasal siapa sayang lebih ada lah. hikss~
SJ : Bilik panas pun boleh buat gaduh okay (-_-") #seriouscase
4) Wei, jom window shopping weekend ni!
J : Tak boleh la. Suami tak bagi. Dia nak bermanje manje weekend ni.
SJ : Malas aku nak jalan jalan. Baju kotor pun masih banyak berlonggok.
5) Ko masak ke kat rumah?
J : Wau. Alif. Jim. Ba okaaay. Air tangan isteri kan lebih bagus dari mamak Hakim seksyen 7.
SJ : Kalau boleh setiap hari aku nak makan kat luar heh heh heh. Malas tahap cipan.
6) Bestnye ada orang nak dipeluk malam malam.
J : A'ah you. Lagi lagi time sejuuuuk.
SJ : Seriously, aku peluk bantal busuk malam malam.
7) Semua jawapan kau macam conclusionnye best je selepas kahwin.
J : Alhamdulillah, macam tu lah nampaknye. Jangan jeles tauuu~
SJ : Nasihat aku, bersedialah dari segi mental, fizikal dan yang paling penting emosi. Bertolak ansur, saling memaafi, bersabar and bertimbang rasa. Nak tau best ke tak, kenalah kahwin :-p
Aku macam takde motif kukuh untuk tulis post ni. Tapi sebab dah terlanjur type, malas aku nak delete semua balik. Ramai kawan aku dah start miang miang nak kahwin (aku paling miang sebab kahwin awal ehek ehek). Rata-rata kawan yang aku jumpa semua tanya soalan yang sama, "best tak kahwin?" "so macam mana life lepas kahwin?" "gaduh tak?" "gaduh pasai apa?". Aku pun taktau nak jawab apa. Ada orang bahagia awal awal kahwin. Honeymoon memanjang sampai lupa nak ngadap reality. Ada yang gaduh 3 bulan pertama sebab nak suaikan diri dengan pasangan. Ada yang tak rasa perubahan sebab dah bercinta lebih 15 tahun sejak sekolah lagi. Ada yang kahwin tapi tak tidur sebilik macam dalam drama melayu pukul 6 petang tu.
Aku? Awal awal memang banyak bermasam muka sebab banyak perubahan harus disuaikan. Elok elok makan maggie, sekarang kena masak nasi berlauk. Dari cuci satu load baju, sekarang kena cuci 2 load. Lipat baju pulak takkan baju sendiri je kan? Tuala tak boleh main sangkut kat tombol pintu sesuka hati. Dia pun dah tak boleh la keluar rumah sesuka hati macam CEO. Harus minta permission secretary. Weekend pun sentiasa diisi dengan shopping barangan dapur. Takpun melawat keluarga mertua. Alhamdulillah, kiteorang tak banyak kerenah pelik. Tak ramai kawan kawan yang harus dipuas hatikan. Apa yang dia tak suka, aku ikutkan, Dan apa yang aku tak suka, GILA KAU kalau dia tak ikut?! Sebulan la dia berpuasa batin!
Anyways, nasihat aku pada yang masih berpegang pada "Single is simple, Couple is trouble",semoga engkau happy tolak kerusi roda kau sendiri. Okay im mabuk. bai.
31-01-2016