#10 Pemergian Uwan

Semalam.
1 Jamadilawal 1437.
10 February 2016.
Pada suatu pagi Rabu, ketika aku masih dianyam dan diulit mimpi, aku dikejutkan dengan panggilan phone dari kakak ipar aku.  Sebabkan aku ni jenis tak suka bercakap time baru bangun tido, aku silentkan phone dan biarkan phone vibrate (selfish ngat koi).  Selepas tu, ada lagi panggilan dan kali ni aku langsung tak pandang sape call.  Terus ignore.  Tetibe phone suami pulak bedering.  Dalam kemamaian, aku dengar suami aku cakap "okay, nanti kiteorang terus ke GH".  Aku macam boleh mengagak apa wasilah yang nak suami aku sampaikan.  "Yang, jangan sedih kay. Uwan dah meninggal".  Aku tak nangis.  Terkejut pun tak. Sama seperti time arwah atuk meninggal.  Aku cool.  Mata aku hanya pandang ke siling.  Pastu aku bangun, gosok gigi, cuci muka dan pakai baju kurung.  Kalau mandi tu macam terlalu cool sangat pulak. Time aku bersiap, air mata tak keluar lagi. Sampai suami pun tanya "sayang okay?".  Aku sedih tapi aku tahu uwan akan lebih bahagia disana.  Tinggal di dunia pun bukan boleh jalan macam dolu dolu.  Makan tak boleh.  Minum susu pun dari tube hidung.  Siang malam telan ubat. Pasangan hidup pun dah lama pergi tinggalkan uwan.  Aku gembira dalam sedih uwan pergi dengan tenang.
Back to the story, ondewei ke KL aku senyap je. Agak berang sikit sebab suami sempat mandi manda dengan lamanye.  Tau la aku nampak cool, tapi tak perlu ambil leisure time untuk bermain buih haishhh.  Sampai je rumah uwan di Setapak, aku dah tau drill kalau orang mati. Kena kemas rumah. Vacuum celah celah lantai. Keluarkan kerusi untuk buat ruang sambut jenazah.  Cari buku surah Yasin dan apa apa yang patut.

Time masuk rumah, aku salam mama, aku dah berair mata.  Aku lemah sikit bila nampak mama nangis.  Tapi macam aku, mama sebenarnye kebal. Tak senang menangis.  Kejap je dia nangis pastu sambung vacuum rumah. Aku pun macam "aik? Okaaaaay". Mama cakap "bila teringat je dia akan rasa sedih". Sabar ye mama.  So dalam rumah ada maklang aku, adik bongsu dan kakak sulong aku.  Semua dah start bekerja.  Aku pun terus jump in buat apa yang patut. Sangat cool okay.  Adik bongsu aku kejap kejap masuk bilik nangis.  Aku pun naik rimas.  Nak cakap dia rapat ngan uwan, idok jugek.  Ke engko sengaja ngelat nak kemas rumah ni dik oooi. Ape ape jelah.

Tapi sesampai je jenazah arwah uwan dibentangkan atas katil, aku berendamkan air mata sekejap.   Tak dapat aku bayangkan uwan aku yang sentiasa ceria berbaju kurung kedah, kini kaku dan dibalut kain kapan putih.  Memori yang aku simpan hanya yang gembira tentang dia.  Sepanjang uwan sakit (lebih kurang 4 bulan),  takde sekeping photo pun aku ambil. Aku memang sengaja tak ambil dan tak save gambar yang keluarga send dalam whatsapp.  Aku cuma nak mengingati dia sebagai seorang yang ceria dan bubbly. Yes, my uwan was very bubbly. She sings, dances, remembers everyones favourite dishes and cooks for them.  Uwan dengan rela hati suka layankan pose pose yang aku suruh dia buat.  Duckface. Fake laugh. Semua aku buli dia buat, dia buat. She was one of a kind. 

Sebelum uwan meninggal, sempat aku jumpa dengan dia hari Sabtu untuk kemaskan rumah uwan untuk renovation bumbung yang sedap dikunyah anai-anai.  Uwan seperti biasa. Ceria.  Sempat ceritakan kisah setiap satu gelas yang dia simpan. Setiap gelas ada cerita dorang sendiri. Gelas tahun 1957 time Merdeka pun ada. Selalunye orang akan meninggal selepas langsai satu tanggungjawab.  Dan aku tahu uwan sangat risaukan rumah dia. Bila dia pergi sape nak tengok-tengok kan? Sape nak tolong makcik aku? (makcik bongsu tinggal bersama uwan) So bila dia tengok sendiri rumah dia dikemas dan diurus, baru dia rasa tenang untuk pergi. The unfinished business is now being taken care off.

Aku gembira, sepanjang uwan hidup, dia dah tengok aku kahwin, siap food tasting sama sama. Dia dah kunjung rumah aku dan walaupun tak sempat nak jamah dia dengan masakan aku, aku tetap hepi dapat share roti manis yang uwan bawa dari rumah dan makan dalam rumah kosong aku.  Uwan pun senang dengan suami. Suka bila kamiorang datang melawat.  Tak awkward bila bercerita sampai aku rasa macam suami aku yang cucu kandung dia dan aku ni orang luar (-__-").  Uwan tak sempat pegang anak aku.  Takpelah. Dia tau anak aku mesti cun macam cucu dia jugak hiksss.

Uwan kesayanganku kembali ke Rahmatullah.  Hakikat yang semua ahli keluarga aku terpaksa berdepan.  Kadang-kadang kematian membawa satu keluarga lebih dekat, kadang tidak.  Apa-apa pun aku doakan arwah uwan ditempatkan di syurga bersama arwah atuk.
Al-Fatihah.

11-02-2016