#11 Budget trip 3H2M ke Singapore

Aku suka baca travel blog orang. Especially yang low budget punye.  Dan aku memang suka pergi makan angin dengan lahapnye.  So today, aku akan poyo poyo share pengalaman bercuti aku ke Singapore dengan budget less than RM 1000 selama 3 hari 2 malam.

Aku nak warning awal-awal, post ini zezzuai untuk bagpackers/ students/ couple kurang kemampuan/ machai gaji less than 2k/ bangla-banglas dan semua yang senasib dengan aku.  Bagi yang nak bawa ahli keluarga, boleh la ambil points penting. Harap dapat membantu.  Tak bantu pun takpelah. Baca jelahhh~

Okay. Lets start with flight ticket.
Mengikut pengalaman bertahun-tahun aku search deep deep for cheap flights, it always ends up at AIRASIA (now bangla can afford to fly too).  Tetapi ada je airlines yang lagi murah.  Harus lah rajin-rajin check promo okay.  Bagi aku kalau beza singgit dua hinggit tu, jangan la haji bakhil sangat. Bayor je lah.
SOoOoo, bila AirAsia ada buat free seats promo, cepat cepat la beli ye.  Note penting : masuk tahun baru, terus highlight tarikh cuti panjang atas kalender. Jimat masa sikit dok tenung kalender lama lama.
In my case, tiket flight aku ke Singapore pergi balik, harga RM 200 (termasuk tax & seats). Aku tak ambil insurance charge RM50. Insurance aku hanya cukup dengan doa dan tawakal. Haaaa nampak tak bila ostajah berbicaraaa. Hambek kau!

Next, semestinya kos itinerary di Singapore.  Tiket masuk ke Universal Studio Singapore.  Kauorang pergi Singapore nak buat apa lagi kan? Takkan saje saje nak makan  nugget mekdi.  USS is like the highlight of Singapore selain dari Marina Bay dan Merlion.  Aku taktau harga terkini tapi 2 tahun lepas (2014) ketika duit Malaysia masih laku, aku beli tiket uss harga RM150/person.  Murah tak? Murah sebab aku rajin check promo dari GROUPON.  Atau mana mana website yang selalu spam engkorang dengan tawaran hebat.

Accomodation pulek.  Aku tinggal di Pillows and Toast Heritage Hostel di Chinatown, Singapore. Yeszaaa tido atas bunk bed ala-ala asrama penuh seperti gambar di bawah.  Budget hotel boleh search kat Agoda.  Kalau nak yang lagiiiii murah, memang ada!  Tapi aku taknak la share bilik dengan 10 orang.  Lagi lagi dengan foreigner.  Segan mak nak ganti baju nok. Almaklumlah badan orang asia ni takde korner. Banyak bumper je bahahaha ouchhh terasa aku oi (-__-")

(dari kiri) Ghupe hostel dari luar. Macam kat Budapest gituew.  Yang tengah tu gambo reception. Kecik je sebab tetamu pun tak ramai macam kat mekdi bukit bintang.  Hat kanan sekali tu gambar lobi.  Seghonoknye pasai hostel ni, kat luar(outdoor) ada ruang untuk makan sambil tenung bintang dan boleh main boardgames dan jenga yang disediakan. Tak la awkward sangat bila dah habis mandi (shared bathroom) tak tau nak bual pasal apa. kan?kan? 

Satu bilik, enam katil. 
Se-malam RM89/sekepala.
So 2 malam RM178.

Moving on...
Duit blanje makan minum.  Okay ini, atas hawa nafsu serakoh sendiri.  Kalau rasa macam kena makan 6 kali sehari (sarapan, brunch, lunch, teabreak, dinner, supper), engko bawa la duit lebih untuk mengisi tong drum tu,  Sebabkan hostel aku sudah pun menyediakan sarapan yang ala kadar, terjimatlah sikit duit disitu.  Lunch aku makan roti.  Kalau ada duit lebih, aku dan kengkawan makan tempat yang gah sikit ala-ala Rich Kids of Beverly Hills. Hari lain aku memang makan macam bangla mesia makan. So blanje makan aku cukuplah RM100 untuk 3 hari.

Kalau kat Malaysia, RM8 je tapi kat Singapore mau nye RM20. Rencah dorang guna mahal kooot.  Ni kalau makan sengsorang, dah lama aku korek korek isi nenas ni.  Akan ku slamber siat nenas tu sampai tinggal kulit. Malu sangat kalau mak bapak aku baca blog ni kui kui kui.

Ni aku cakap dengan kawan aku "Nasi goreng macam ni belambak kat seksyen 7, Shah Alam".

SOUVENIRS. Haaaa, aku tau setiap negara ada lubuk barangan murah.  Kalau kite kat Malaysia memang ashik recommend petaling street, kat Singapore pun ada tempatnye hoookay, Celah bedah mana?? Haaa....Bugis Street. Aku tak lah berbelanje sangat kat sini. Sebabkan dah 3 kali aku ke sini. Keluarga pun tak heran sangat sebab masing-masing dah pergi. So aku  beli untuk diri sendiri je.  Overall aku spend RM20.

Keychair, tshirt, fridge magnet, keychain lagi, mug, topi semua ada disini. 

Jadual perjalanan di Singapore untuk 3 hari 2 malam.
HARI PERTAMA :
Sampai airport > check in hostel > jalan jalan di sekitar Indian road, Bugis Street, Orchard Street, Merlion, Marina Bay Shopping Complex, China town > balik hostel.

HARI KEDUA :
Terus ke USS (setengah hari dalam uss) > ke Sentosa Island > balik hostel.

HARI KETIGA :
check out > Terus ke airport (Airport Singapore dah macam shopping complex aku tengok. Jadi tak buang masa sangat kalau bertolak awal ke airport.  Banyak kedai dalam airport macam kat KLIA 2 kitew) 

Untuk overall activity yang aku buat di Singapore from day one sampai nak balik tak lah banyak. Jalan jalan haroslah mengikut kemampuan fizikal. Betul dog? Dan sebabkan ini kali ke-3 aku ke Singapore, bila offer diri jadi free tourguide untuk kawan-kawan, aku seboleh-bolehnye nak tunjuk segala benda kat Singapore.  Non-setop aku jalan.  Macam kena rasuk pun ada hahaha. Kawan aku sorang ni kejap kejap berhenti nak rehat.  Nak cakap dia gemuk lelah smpai jalan sikit je mengah, tak pulak. Mungkin aku syok sendiri. Berangan host rancangan cuti macam Qi Razali.  

Anyways, ni aku share serba sedikit gambo untuk menggoda engkorang yang masih was was nak pergi ke tak ke Singapore. Chekidaud!

Di sekitar Marina Bay Sands Shopping Mall pada waktu senja tatkala syaiton keluar bermain-main.

Luar shopping mall tu boleh merendek dengan anak ikan.


The famous Merlion! Aci kat dalam gambo tu kebetulan berdiri bawah shower Merlion kah kah kah.

Esplanade. Tempat cenggini kena banyak berjalan. Kalau kao setakat naik MRT dorang jalan-jalan, alamat makan dalam jelah tengok gambar orang lain yang jalan-jalan guna kaki Allah bagi. 

Marina Bay dari jarak jauh.  Jambatan Spiderman tu memang engkorang kena lalu taw!

Sentosa Island. Ramai yang skip ke sini lepas ke USS. Yelah sebab dah penat hoyeah hoyeah dalam uss kan. Tapi aku ni tourist-guide kiasu. Nak tak nak, kawan aku kena datang jugak! Rasai perbezaan Sentosa Island dengan port dickson.  Macam Remy dengan Nabil, Memang jauh beza kan?

Ini salah satu bahan bukti kau pergi USS, Tak ambil gambar kat sini, takde sape nak percaya kau bhai! Prove it or it didnt happen. Wat say you?


Haruslah aku ingat pembaca harga-harga yang aku paparkan adalah 2 tahun lepas tatkala RM 1 = 2.3 SGD. Tahun ni sebabkan duit Malaysia tak laku, maka berkekek kekeklah negara jiran kita ketawakan hutang 2.6B. What am i saying?! Okaylah, sekian sahaja dari aku. Apa yang berguna, boleh lah diambil pakai. Total perbelanjaan aku ke Singapore ni memang less than RM1000. Mungkin ada yang boleh buat lagi murah. 3 hari 2 malam dengan harga RM500 boleh tak? Eh, ekau jangan nak membongak!

Signing out.
22-02-2016