Krap Kung Khappp~
Kali ni aku berbesar hati nak share citer 'budget trip' aku ke Phuket, Thailand. Seperti biasa, kalau aku sebut je ba alif jim ta, alamatnye, post ini khusus untuk bangla bangla yang nak melancong macam aku. Aku ke Phuket untuk 4 hari 3 malam together-gether dengan 3 lagi kawan.
Okay yok, start dengan
TIKET FLIGHT. Tips nye kalau nak muroh, engkorang book time promo free seats
AirAsia. Selalunye setahun awal. Beli bulan Mac 2014, tarikh melancong bulan Jun 2015. Memang murah, tapi berkicap la ketiak ekau nunggu masa nak molancongnye haa. Anyways, tiket pergi-balik aku beli dengan harga RM200 termasuk seats sahaja tanpa baggage tambahan. Engko nak trip murah, tak payah poyo poyo beli extra baggage 20kg tu. Tak payah bawa kasut 2 3 pasang. Tak payah packing spender satu hari satu. Spender tu terbalik kan je pakai ulang
(bangla pun tak selekeh macam ni hahaha). Satu lagi, aku rasa time ke Phuket, aku tak beli tambahan insurans. Aku hanya percaya insurans dariNya. Bila ostajah berbicara kauuu. Balik dari Phuket, baru aku bagitau kengkawan yang aku tak belikan pun insurans untuk dorang jugak BAHAHAHAHA! Thats what happens if you let an ostajah jadian buys the flight tickets. Renung-renungkan dan selamat beramal~
Pastu ACCOMMODATION.
Sebabkan semua masih bujang bujang belake, aku dan rombongan kak leha (kak kiah kena tinggal) duduk hostel je. Aku tak ingat specific harga tapi aku rasa semalam dalam 100 hinggit. Kamiorang ambik bilik family deluxe yang muat 4 orang. Jadi rm100 bahagi dengan ompek? Cun cun je. Budget tak lari, tempat tido pun ada. Aku kalau booking mana mana hotel kat pelusuk dunia memang dari Agoda.com je. Jadi aku tak pasti sama ada harga hostel aku duduk tu murah sebab Agoda atau memang tengah promo. Apa apa pun tergoda goda aku tengok harga yang murah dan bilik yang molek dan tak payah tahan berak sebab malu kongsi tandas dengan matsaleh. wuhuuu! Nama hostel tu, Beds Patong. Usha usha la.
Dahtu ITINERARY lak.
Untuk makluman engkorang, Thailand ni memang alu-alu kan tourist. Menurut gugel, pelancongan ni sumber pendapatan negara dorang yang utama. So, peniaga thai memang baik sangat ngan tourist. Pantai pantai pun terjaga oleh DBKL. Tengah malam matsaleh joget joget kat Bangla road, tapi besok pagi tu, jalan raya bersih bak ang! Aku memang #respek dan suspek dengan Phuket.
Anyway, Phuket ni kalau tak pandai explore, memang siang engko melepek kat Patong Beach, malam engko foya foya kat Bangla Road. Sebabkan aku sekali lagi diberi amanat untuk susunkan aturcara harian, apalagi, naik syeikh la hakuuu. Aku baca kalau kat Phuket, aktiviti yang boleh dibuat macam pegang harimau, naik gajah, pergi zoo dan lawat pantai-pantai. Tapi aku ni bercuti dengan budget, so tak payah nak acah acah Rich Kids from Beverly Hills sangat.
So aku cut down to naik gajah dan misi mencari Big Buddha. Nak ke tourist attraction ni, haroslah menyewa motor untuk penjimatan wang (kalau ada lesen motor). Naik tuk-tuk pun okaaaaay tapi hang bayar double la.
Malas nak citer lebih, cekidaud gambo gambo kat Phuket. Kalau tak heran, scroll ajeeee~
Matsaleh slamber mandi ngan gajah dalam air yang setahun tak berganti.
Seriusly ewww. Walaupun engkorang tak telan air tu, but you know, it enters celah celah yourrrr...ughhh, your thing. Just ewww.
Ni dua homosapien ni dah pueh hidop kot. Gajah tu slamber pijak atas batu sebelah gaung. Kalau la tibe tibe gajah tu bersin pastu tak balance, haihhh.
Patong Beach. Bestnye pasal Phuket ni, pantai dia dekat dengan hotel/homestay/hostel/airbnb.
Jalan sikit dah sampai pantai.
Pergi negara orang lain, takkaaaaan tak usha kawasan kooot.
Tapi makanan di Thailand tak semua halal. Walaupun brand maggie, jangan lupe tengok kalau ada cop halal. Takut sekali perisa "babidos" daa.
Dem.
Kalau ada kat Malaysia ni, sah sah kalau hujan aku duduk dalam rumah je.
Scary weyh!π
Eh, ternampak, so kite amik gambar.
Maaflah, gambar di Bangla Road aku buat simpanan personal jelah ek.
Kang beristighfar panjang pulak ko hew hew hew.
Salah satu masjid di Phuket. Kalau abah mama ada mesti dorang masuk untuk solat.
Tapi aku lalu je dengan motor. Hampeh kan?
Fefeeling macam kat eropah.
Somehow, bila tourist naik motor, orang Thai tak heran pun. Macam kebiasaan.
Jumlah tokong kat Phuket jangan cakap la. Setiap corner ada.
Kata Noi Beach. Ondewei ke Big Buddha, boleh tersesat masuk lorong pantai lain. Nasib baik lawa. Kalau ghupe macam port dickson, memang aku maki hamun je buat perabis petrol.
Ceritanye kiteorang sesat nak ke big buddha. Lebih kurang 3jam (aku pun tak ingat tapi cerite kena gempak). So time masih mencari jalan, kamiorang singgah 7-Eleven. Tanya cashier jalan ke big buddha. Tapi dia English pun cam haremmm. Perut pun tengah lapar giler. Kalau kat patong beach, banyak makanan halal, tapi bila dah masuk kawasan lain, susah pulak nak jumpa kedai halal. Umpama matsaleh cari steak kat KL. Jumpa aje. Tapi pergi banting, memang kebulur la. Sampai esok tak jumpa. So kiteorang ronda ronda kedai kedai kot kot terrrrrjumpa kedai halalatun toiyiban. Dan Alhamdulillah, mungkin Allah nak tolong, terjumpa nasi ayam Phuket. Tapi nasi bukan sebarang nasi. Ni pulut beb. Ayam goreng garing giler cicah dengan spicy cili thai. Giler sodap!
HAAA! NI LAH BIG BUDDHA.
Yang mana? Mana-mana pun bolehπ
Ini di Naka Night Market. Ala-ala uptown. Segala cenderahati ada kat sini.
Nak kesini kena sewa kenderaan la sebab bukan kat kawasan Patong beach.
Pantang ada tanda HALAL je aku cuba. Nasib takde scorpion goreng halal, kalau tak, memang aku beli. Bila lagi nak cube kaaaaan.
Ni salah satu shopping mall terdekat di Patong. Aku tak ingat ape nama dia tapi boleh tahan jugak. Kalah Alamanda aku rasa.
Sebelah je shopping mall, ada pasar raya Banzaan. Sini kalau mak ko pesan gajus ke, kopi ke, belacan thai ke, haaaaa..takyah pegi jauh jauh, ko borong je semua sini.
Tapi aku tak pasti samada orang Thai ni ngam tak dengan budaya tawar menawar semurah boleh kite. Kalau kat HoChiMinh, dorang lali sangat dah. Ce la try.
Murtabak kat Phuket ni boleh buat ngidam beb. Tengok warna garing pun dah tau. Owmannn, kalau ke Phuket lagi, memang aku sarapan sini lagi. Kedai ni dekat je dengan masjid kat Patong yang dalam gambo aku letak. Masjid kat Patong ada satu je pon. Kedai ni dekaaaat je dengan masjid. Tak boleh miss punya lah.
So okay, bagi yang plan nak ke Phuket dengan budget yang kering, harap post ni ada la bantu sikit-sikit. Dapat jugak aku pahala kalau membantu. Cuma aku pesan, pegi Bangla road tu tak payah la bawa anak-anak. Dan tak payah engko tengok show-show yang ditawarkan. Aku nasihat sebab time flight aku balik KL, tibe-tibe turbulence kuat giler. Seumur hidup aku yang beratus kali naik kapal terbang, tak pernah lagi rasa kapal terbang drop dengan laju. Dengan kilat kat luar tingkap. Time tu memang ingat dosa je. Lagi-lagi baru balik dari Phuket. Mati sia-sia je. Walaupun aku tak pi pun show-show Bangla road (sumpah tak), tetap rasa nyesal kalau mati. Tobat hakak dik~~
Anyway, selamat bercuti kap kangkung kap.
24-02-2017