#18 TTC Journey

Aku harap ada pembaca tegar yang sudi refresh blog cikai ni tiap hari dengan harapan ada la post TTC yang aku janjikan sejak tahun lepas. Wadehek, dah nak bersalin baru nak kongsi cerita?! Boooooo~😒
hehehe soli soliiii wa manyak lupa ooo.
Okay so taknak buang masa punya pasal, this is my Trying To Conceive story.

Bagi yang tertanya-tanya berapa lama aku mencuba (tak tanya pun takpe), aku kahwin bulan September 2015. Tiga bulan pertama aku masih waklekkk watpis. Tak pikiaq ape pun. Yang penting sedap melayari alam baru (18SG sahaja). Masuk bulan ke-4, lepas kawan aku yang baru fresh kahwin dah khabar berita dia mengandung, naluri ibu aku mencocok cocok kalbu. Dan mula lah aku menanya diri "bestnye kalau ada bebi~ tak la bosan ngadap muka somi siang malam". Yelah, tiap ujung minggu aku jumpa ananak buah. Pastu ondewei balik dah start mengilai "rinduuu joni. rindu la kat mary...rinduuu semuaaa". Jadi aku pun suarakan hasrat kat somi. Puan-puan sekalian, haruuuuus lah ada kata sepakat dalam hal ni. Kang dah jadi, engko tanggung bebi tu sorang sorang. Dan walaupun somi setuju, rupanya dalam diam dia belum bersedia lagi. Jadi aku batalkan mission mencuba secara beriya-iya. TETAPI aku bersiapkan diri juga. Sebabkan dah 4 bulan tak menjadi, takut jugak kot kot ada masalah dalaman yang aku taktau.
So aku nak share lah beberape produk yang aku makan sebagai persiapan.

1) Qaseh Gold Adinda

Pertama sekali, aku memang ambik ni sebagai supplement harian. Kebetulan kakak aku jual produk Qaseh dan aku memang lebih percaya dengan makanan sunnah berbanding dengan supplement komersial.
Nak makan Qaseh ni pulak, harus disertakan dengan doa sebelum suapkan ke mulut. Jadi aku pun ambik la ikhtibar untuk doa elokkan kesuburan dan dikurniakan rezeki cahaya mata.
Siang malam aku makan. Sedap!
Somi pula ambik QASEH GOLD KEKANDA. Jadi kami sama sama berdoa sebelum silang tangan suap mulut masing-masing. Suweeet gitu (okay tipu je. tak silang tangan).


2) LADY JT Organics
Okay, yang ni mak mertua suruh try sebab aku selalu ngadu senggugut. So terpaksa aku stop Qaseh. Takmo campur campur nanti tak nampak hasil kaaan. Alhamdulillah lepas ambik ni, kurang senggugut (tak la hilang 100%) dan kitaran period pun stable. Kalau tak tu, kejap 30 hari, bulan depan tibe tibe 34 hari. Sebenarnye bila kitaran dah konsisten, baru la sonang hang nak tau bila masa subuq. 







3) Doa Ketika Bermusafir
Ini salah satu ikhtibar jugak la. Mama aku selalu pesan, doa orang bermusafir insyaAllah dimakbulkan. Aku cakap jujur la, aku ni tak alim pun. Solat masih rongak tak penuh. Bukan anak tok bilal kampung. Doa qunut lepas 25tahun baru aku hafal (kalau tak tu, google dulu baru solat hehe). Tudung masih dedah dada. Tapi kalau nak apa-apa memang pada DIA saje aku minta dan tagih.
Jadi dalam tempoh TTC, tiap kali aku pergi bercuti jauh, aku solat, nangis-nangis aku minta doa kurniakan cahaya mata. Tak perlu tunggu orang ke Mekah untuk doakan untuk aok. Doa sendiri lebih khusyuk. Sooo..balik rumah tak payah solat? Oi, solat la jugekkkk. Cuma kalau Allah dah cakap doa orang bermusafir ni ada bonus lebih, tak ke ko ambik kesempatan time berhoyeh hoyeh kat Phuket?

4) Apps Ovulation
Okay, ni khas untuk orang tak pandai kira kitaran haid macam aku. Aku memang noobgiler bab ni. Dari zaman remaja lagi aku tengok kawan kira cycle supaya bersedia bila nak period. Yang aku pulak, kalau darah kuar, period la tu. Slamber~ Jadi puan-puan, donload lah apa apa apps yang boleh kira kan hang punya tempoh kesuburan. TAKE NOTE! Fahami juga badan anda. Cari tanda-tanda kesuburan (boleh google sendiri. Explain kat sini kang jadi viral blog lucah pulak). Kekadang tarikh dia cakap hang subuq tu tak accurate. Takpun kalau rajin, seminggu tu hang berasmara dana la bersama somi. Baca doa sebelum bersama okaaaay. 

Pada bulan Julai 2016, kitaran haid aku lewat. Tapi aku leklu tunggu seminggu. Karang check awal awal kecewa je macam sebelum-sebelum ni. Kebetulan aku baru balik dari Tioman, dan memang rasa mual-mual lepas naik feri. Agak lama jugak aku rasa mual. Terus bermonolog sendirian "wey, simptom mengandung ke ni?". Cukup seminggu, aku sengsorang  pi farmasi beli pregnancy stick yang cikai murah. Balik rumah konon nak tunggu esok pagi sebab google cakap kencing pekat pagi-pagi. Ahhh, macam ko boleh tunggu je kalau pizza dah depan mata. Tang tu jugak aku masuk tandas kencing hahahaha. Okay, taknak jadi spoiler. Biarlah puan-puan sendiri rasa keterujaannye 😁. InsyaAllah tak lama lagi la tu.

Dah, aku rasa cukup la apa aku kongsi disini.
Minta maaf la takde tips posisi ke hape. Kite orang melayu, buat cara melayu je cukup. Toksah pening pening buat gaya lain.

Hari ni Khamis malam Jumaat. Saje bagitau. Kbai~

23-02-2017