Aku ni acah acah ada double life. Ada hari kalau jalan-jalan memang nampak macam seminggu tak mandi. Dan ada hari memang tip top head-to-toe rozitachewan-ish. Lagi lagi kalau ke bangsar, takpun Ikea. Padahal chinese kalau ke Pavilion slamber pakai short dengan singlet pagoda masuk kedai LV. "Biar papa oo, asal duit wa bertingkek-tingkek". Dan kalau keluar ke pasar malam, nauzubillah, mak bapak aku lalu pun tak mengaku anak kot. TIPS : Kalau kauorang nak tengok the true face makwe/pakwe korang, ce bawa pergi pasar malam. Time time muka berminyak, berpeloh tu lah korang ngadap bangun pagi nanti hew hew hew.
Anyways, aku nak cerite pasal obsesi kebersihan aku. Nope, aku bukan OCD (Orang Cantik Dunia mehh (-_-")). Aku rasa aku takde obsessive-compulsive disorder. Tapi mungkin semua orang di dunia ada la sikit ocd tu. 0.2% maybe. Tahap ocd aku berbanding kakak aku 40% kot. Kakak aku boleh biar anak dia jilat permainan yang dia jumpa berkurun lamanye bawah kerusi. Nak pengsan aku tengok anak buah aku slamber gigit gigit rubber toys dia dengan seleranye. Ntah segala habuk, cebisan kulit kaki, hama lipas yang melekat kat permainan tu. Meremang bulu roma lak aih. Traumatized!
Aku kalau kat rumah, pulas tombol pintu pun rasa macam kena cuci tangan balik. Lepas belai kucing, aku cuci tangan. Lepas aku guna laptop menaip blog ni, aku cuci tangan. Lepas mandi pun aku cuci tangan lagi (okay tipu). Walaupun bukan dengan sabun, aku haros membilas tangan aku. Sebenarnye tak membantu pun. Bacteria tetap beranak pinak di sekeliling. So kadang-kadang aku cuba avoid cuci tangan lepas buang hadas besar (okay tipu lagi). Aku sedapkan hati je kekadang. Tak layan sangat otak pemikiran aku yang mengada nak bersih padahal mandi pun kurang dari 10minit.
Back to my motive, sebabkan aku membela 2 ekor kucing, aku selalu rasa macam orang luar ada perspective buruk tentang pemelihara haiwan berbulu ni.
"Mesti rumah dia bau hancing"
"Mesti bulu melekat kalau masuk rumah dia"
"Mesti sofa dia koyak rabak"
"Geli lah nak makan rumah dia"
Selalunye comment negative ni datang daripada orang yang tak membela haiwan dan yang memang allergic pada haiwan. Kalau nak tau, aku dalam rumah sendiri pun ada rasa "haishh, bau taik kucing lagi". Aku try 4 jenis jenama pasir untuk hilangkan bau busuk. Makanan bagi royal canin je. Kucing 2 ekor tu, aku mandikan seminggu sekali. Bilik tido, memang restricted area. Aku vacuum rumah 2 kali seminggu dan mop 2 kali sebulan. Sofa aku fabreez kan. Dan kalau nak masak, aku bilas segala kuali dan mangkuk sebelum guna. Kesimpulannye, jangan la pikiaq orang yang bela haiwan ni tak pembersih.
Ada orang macam aku, dan ada orang yang kencing pun malas nak cebok.
THE END
19-12-2015