#2 Sebak doh

Aku ni boleh dikategorizekan sebagai seorang yang keras tapi dalam hati ada taman. Tahap degil memang tinggi tapi insya Allah  masih boleh dilenturrrs. Kalau nangis pun, mesti time malam malam bila semua dah tido. Sedut hingus (kalaaaau nangis banyak) pun pelan pelan takmo orang dengar. Kalau tengok citer Devdas, time scene Shah Rukh Khan nak mati tu, mula la buat lawak. Check orang lain kot kot kalau dorang yang nangis padahal diri sendiri dah nak meleleh mih mih mih.
So yeah, thats me.
Ceritenye hari ni aku saje call mama yang tengah jaga uwan, aku pun tanyalah basic question.
Aku : Assalamualaikum. hi ma. Buat apeee?
Mama : Baru nak solat.
Aku : ooo..dah makan ke?
Mama : Belum. Takde makanan sini. Tapi adalah mama jumpa biskut.
Aku : mama tak beli roti ke? buat roti tekap ke.
Mama : emm taknak lah. Mama boleh masak nasi tapi rice cooker besar sangat. Takde sape nak makan sama.
btw, uwan minum susu sahaja at the moment sebab tekak tak boleh telan lagi.

Oh tersentuh hati aku. Sungguh selfishcake kalau aku sedap sedap makan burger bytes malam ni, tapi mama ku sendiri sedang menahan perut beralaskan biskut sebelum makcik aku datang untuk menghantar makanan. YAH YAH!! *tumbuk perut yang taktau malu*
Aku tahu mama sebenarnye takde selera. Makin berusia, makin kurang selera kite sebenarnye. Nak keluar tak boleh sebab takde kereta pun. Kena pula jaga uwan yang mengidap mild stroke. Tadi pun mama mengeluh takde tenaga nak alihkan badan uwan. Rasa kesian pula kat uwan. Mesti dia lenguh baring lama lama (T_T).

Lepas saje bercakap dengan mama. Start dengan bergenang, aku pun nangis (sebab takde sesiapa kat rumah hehe). Haishh, kalau lah aku banyak duit, dah lama aku upah home nurse untuk bantu mama dan uwan.  Daripada membazir air mata masin, aku pun start google 'food delivery service' dan ternampak FOODPANDA . Foodpanda delivers food from nearby restaurant to your home katanye. Search area Setapak, adalah beberape restaurant outlet. Nasib juga kampung aku kat KL, ada pulak Festival City Mall. phewww.  Aku pun pilihlah Nandos sebab mama suka nandos bila dia takde selera.
Nah aku share acaner nak order bagai :

1) Buka link Foodpanda, pastu terus search location. Rumah uwan kat Setapak, so keluarlah restaurant sekitar Setapak yang kautim dengan foodpanda for delivery services. Tak la banyak sebenarnye. Terpulang pada kawasan kot. Sape yang duduk area Subang tu huntong laaaa.

2) Next, pilih restaurant apa engkorang nak mengikut selera perut. Aku pilih Nandos. Then belek la menu and start clicking watchuwant. 

3) Oh yer, semestinya semua delivery ada minimum order okay. Takkan la order fries ko minta dia hantar ke rumah. Agak agak la sikit  bro.

4) Dah puas hati dengan pilihan makanan. Kalau ayam nak bahagian dada ke, peha ke, tongkeng ke, nak sos lebih ke, sayur taknak ke, bolehlah isi dalam ruang request yang disediakan.
From here semuanya senang dan ikut je instruction. Kalau nak surprise makwe yang workaholic, bolehlah buat bayaran online terus. Takdelah dia terpinga pinga bayar pizza EXTRA large papa john yang ko orderkan. Sah sah terus minta break up.
Nak COD pun boleh just incase akaun dah kering kontang.

Total cost around RM32 untuk sorang makan. Tadi pun mama whatsapp cakap makanan dah sampai. Comment aku, delivery Foodpanda memang on time seperti yang dijanji. 59 minutes. Seminit tu untuk nak bagi salam, hon hon rumah, bagi baki duit kot. 
Dan walaupun mahal juger la dengan delivery fee dan gst, takde benda yang lebih berharga dari mengisi perut kosong mama. Mama pun happy. Harap harap dia rasa senang dan tabah menjaga uwan. 
So apalagi? Order la makanan online. Takkan hari hari nak makan maggie kot.
Dah, bye!
oh tambah sikit, mama whatsapp "thank you. Mama makan puas puas tadi."
See, rasa sebak lagi (T_T)

07-12-2015