#4 Kebersihan

Aku ni acah acah ada double life. Ada hari kalau jalan-jalan memang nampak macam seminggu tak mandi. Dan ada hari memang tip top head-to-toe rozitachewan-ish.  Lagi lagi kalau ke bangsar, takpun Ikea. Padahal chinese kalau ke Pavilion slamber pakai short dengan singlet pagoda masuk kedai LV. "Biar papa oo, asal duit wa bertingkek-tingkek". Dan kalau keluar ke pasar malam, nauzubillah, mak bapak aku lalu pun tak mengaku anak kot. TIPS : Kalau kauorang nak tengok the true face makwe/pakwe korang, ce bawa pergi pasar malam. Time time muka berminyak, berpeloh tu lah korang ngadap bangun pagi nanti hew hew hew.

Anyways, aku nak cerite pasal obsesi kebersihan aku. Nope, aku bukan OCD (Orang Cantik Dunia mehh (-_-")). Aku rasa aku takde obsessive-compulsive disorder. Tapi mungkin semua orang di dunia ada la sikit ocd tu. 0.2% maybe. Tahap ocd aku berbanding kakak aku 40% kot. Kakak aku boleh biar anak dia jilat permainan yang dia jumpa berkurun lamanye bawah kerusi. Nak pengsan aku tengok anak buah aku slamber gigit gigit rubber toys dia dengan seleranye. Ntah segala habuk, cebisan kulit kaki, hama lipas yang melekat kat permainan tu. Meremang bulu roma lak aih. Traumatized!

Aku kalau kat rumah, pulas tombol pintu pun rasa macam kena cuci tangan balik. Lepas belai kucing, aku cuci tangan. Lepas aku guna laptop menaip blog ni, aku cuci tangan. Lepas mandi pun aku cuci tangan lagi (okay tipu). Walaupun bukan dengan sabun, aku haros membilas tangan aku.  Sebenarnye tak membantu pun. Bacteria tetap beranak pinak di sekeliling. So kadang-kadang aku cuba avoid cuci tangan lepas buang hadas besar (okay tipu lagi). Aku sedapkan hati je kekadang. Tak layan sangat otak pemikiran aku yang mengada nak bersih padahal mandi pun kurang dari 10minit.

Back to my motive, sebabkan aku membela 2 ekor kucing, aku selalu rasa macam orang luar ada perspective buruk tentang pemelihara haiwan berbulu ni.
"Mesti rumah dia bau hancing"
"Mesti bulu melekat kalau masuk rumah dia"
"Mesti sofa dia koyak rabak"
"Geli lah nak makan rumah dia"
Selalunye comment negative ni datang daripada orang yang tak membela haiwan dan yang memang allergic pada haiwan. Kalau nak tau, aku dalam rumah sendiri pun ada rasa "haishh, bau taik kucing lagi". Aku try 4 jenis jenama pasir untuk hilangkan bau busuk. Makanan bagi royal canin je. Kucing 2 ekor tu, aku mandikan seminggu sekali. Bilik tido, memang restricted area. Aku vacuum rumah 2 kali seminggu dan mop 2 kali sebulan. Sofa aku fabreez kan. Dan kalau nak masak, aku bilas segala kuali dan mangkuk sebelum guna. Kesimpulannye, jangan la pikiaq orang yang bela haiwan ni tak pembersih.
Ada orang macam aku, dan ada orang yang kencing pun malas nak cebok.
THE END

19-12-2015

#3 Adik Beradik

Kalau aku gaduh time kecik-kecik dulu, abah mesti panggil aku dulu (sebab aku gemuk. dem). Pastu selalu dia nasihatkan aku "adik beradik ni hadiah dari Allah. Engkau paling beruntong. Ada kakak, ada abang, ada adik. Lengkap. Untung kan?". Tapi time marah, dalam hati mesti lah carut "ahhhh, lagi bagus kalau aku tunggal. Takyah share barang!". Bila dah tua ni, baru rasa bertuah ada manusia-manusia yang boleh dipercayai dan diharap. Siap semua ada role play masing-masing. Kakak aku, kalau bab financial, memang ke dialah kami semua harung macam lalat tagihkan taik (aku memang tak patut jadi cikgu BM. Perumpamaan yang hampeh). Dia sulong, jadi dia merasa duit lagi lama dari kiteorang. Dan kalau ada masalah besar seperti pecahkan barang mama, kena juga consult dia sama ada harus bagitau mama atau tidak. Kirenye dia lah paling wise. dan yang paling pemalas.

Abang aku pulak, dia boleh diharap bab bab lelaki. Mungkin sebab abah aku sentiasa hantar dia untuk selesaikan hal-hal yang menggunakan tenaga jantan. Baik tayar pancit tengah highway, kereta masuk longkang besar, kereta eksiden sebab brek tak makan, semua aku call abang aku dulu, baru aku call mama mengadu nasib (hik hik hik). Dia dah kahwin pun aku tetap harass dia minta tukarkan minyak hitam kereta. Lebiu abanggg~

Adik aku ni pulak leceh sikit. Aku kena perah memori 22 tahun dulu untuk fikir apa kebaikan dia hehe. Okay la, walaupun tak banyak benefit dia kat aku sebab most of the time aku yang banyak tolong dia, tapi dia sentiasa menghiburkan dengan cerite-cerite dia. Dan tahap boleh diharap tu terpulang pada mood dia. Kalau mood tengah okay, suruh jilat kaki pun dia buat. Tapi kalau tak okay tu, angin pun kena marah "apasal sejuk sangat ha angin? cikale!".
Lassssstly, kalau aku nak angkat bakul sendiri, aku rasa aku ni orang paling boleh diharap *blushing tibe tibe* Auwwww. Aku tak suke mengungkit dan tak simpan dendam kesumat. Suruh basuhkan baju, aku buat. Suruh tukarkan pampers anak buah, aku siap mandi dan bedakkan lagi. Walaupun aku serba kekurangan tang duit, tapi kalau suruh rompak bank sebab tak cukup duit beli pampers anak, aku buat report polis sebab korang ugut aku. Okay fineee, aku korek tabung simpanan 20tahun yang aku kumpul untuk pergi jelajah satu dunia. Tapi janji bayar balik tau! #berkire

17-12-2015

#2 Sebak doh

Aku ni boleh dikategorizekan sebagai seorang yang keras tapi dalam hati ada taman. Tahap degil memang tinggi tapi insya Allah  masih boleh dilenturrrs. Kalau nangis pun, mesti time malam malam bila semua dah tido. Sedut hingus (kalaaaau nangis banyak) pun pelan pelan takmo orang dengar. Kalau tengok citer Devdas, time scene Shah Rukh Khan nak mati tu, mula la buat lawak. Check orang lain kot kot kalau dorang yang nangis padahal diri sendiri dah nak meleleh mih mih mih.
So yeah, thats me.
Ceritenye hari ni aku saje call mama yang tengah jaga uwan, aku pun tanyalah basic question.
Aku : Assalamualaikum. hi ma. Buat apeee?
Mama : Baru nak solat.
Aku : ooo..dah makan ke?
Mama : Belum. Takde makanan sini. Tapi adalah mama jumpa biskut.
Aku : mama tak beli roti ke? buat roti tekap ke.
Mama : emm taknak lah. Mama boleh masak nasi tapi rice cooker besar sangat. Takde sape nak makan sama.
btw, uwan minum susu sahaja at the moment sebab tekak tak boleh telan lagi.

Oh tersentuh hati aku. Sungguh selfishcake kalau aku sedap sedap makan burger bytes malam ni, tapi mama ku sendiri sedang menahan perut beralaskan biskut sebelum makcik aku datang untuk menghantar makanan. YAH YAH!! *tumbuk perut yang taktau malu*
Aku tahu mama sebenarnye takde selera. Makin berusia, makin kurang selera kite sebenarnye. Nak keluar tak boleh sebab takde kereta pun. Kena pula jaga uwan yang mengidap mild stroke. Tadi pun mama mengeluh takde tenaga nak alihkan badan uwan. Rasa kesian pula kat uwan. Mesti dia lenguh baring lama lama (T_T).

Lepas saje bercakap dengan mama. Start dengan bergenang, aku pun nangis (sebab takde sesiapa kat rumah hehe). Haishh, kalau lah aku banyak duit, dah lama aku upah home nurse untuk bantu mama dan uwan.  Daripada membazir air mata masin, aku pun start google 'food delivery service' dan ternampak FOODPANDA . Foodpanda delivers food from nearby restaurant to your home katanye. Search area Setapak, adalah beberape restaurant outlet. Nasib juga kampung aku kat KL, ada pulak Festival City Mall. phewww.  Aku pun pilihlah Nandos sebab mama suka nandos bila dia takde selera.
Nah aku share acaner nak order bagai :

1) Buka link Foodpanda, pastu terus search location. Rumah uwan kat Setapak, so keluarlah restaurant sekitar Setapak yang kautim dengan foodpanda for delivery services. Tak la banyak sebenarnye. Terpulang pada kawasan kot. Sape yang duduk area Subang tu huntong laaaa.

2) Next, pilih restaurant apa engkorang nak mengikut selera perut. Aku pilih Nandos. Then belek la menu and start clicking watchuwant. 

3) Oh yer, semestinya semua delivery ada minimum order okay. Takkan la order fries ko minta dia hantar ke rumah. Agak agak la sikit  bro.

4) Dah puas hati dengan pilihan makanan. Kalau ayam nak bahagian dada ke, peha ke, tongkeng ke, nak sos lebih ke, sayur taknak ke, bolehlah isi dalam ruang request yang disediakan.
From here semuanya senang dan ikut je instruction. Kalau nak surprise makwe yang workaholic, bolehlah buat bayaran online terus. Takdelah dia terpinga pinga bayar pizza EXTRA large papa john yang ko orderkan. Sah sah terus minta break up.
Nak COD pun boleh just incase akaun dah kering kontang.

Total cost around RM32 untuk sorang makan. Tadi pun mama whatsapp cakap makanan dah sampai. Comment aku, delivery Foodpanda memang on time seperti yang dijanji. 59 minutes. Seminit tu untuk nak bagi salam, hon hon rumah, bagi baki duit kot. 
Dan walaupun mahal juger la dengan delivery fee dan gst, takde benda yang lebih berharga dari mengisi perut kosong mama. Mama pun happy. Harap harap dia rasa senang dan tabah menjaga uwan. 
So apalagi? Order la makanan online. Takkan hari hari nak makan maggie kot.
Dah, bye!
oh tambah sikit, mama whatsapp "thank you. Mama makan puas puas tadi."
See, rasa sebak lagi (T_T)

07-12-2015

#1 Orentasi

Rasanya dah 3 kali ubah nama untuk blog ni. Kejap nak buat belog ala-ala hanis zalikha. Share info dan peraduan la kononnye. Pastu register ngan nuffnag. Dapat la side income. Haremmmmm. Nak screenshot pun malasss, apalagi nak letak gambar satu-satu dengan description. .
Pastu ubah la nak cerita pasai kehidupan seharian. Yelah, time tu tengah dalam persiapan nak kahwin, adalah benda nak cerite. Adalah dalam 5 post je. Sempat share pasal budget tunang.  Tips nak jimat majlis. Tema apa nak buat bagai. Bila bace balik rasa poyo pulaks hik hik  Y(^_^)Y
Then aku deleeete balik semua. Start buat belog private pulak untuk ceritakan segala resah hati yang mengganggu (baru lepas kahwin khaaaan). The blog was in English hokaaay. Tapiii bila baca balik, rasa macam mengada sangat ashik mengadu itu ini. Bapak bosan. Sooow not me.
Last last, ini lah belog yang paling latest "Tiba Time Tangan Type". Tak pasti lagi nak share to public ke tak. Tengoklah berapa lama dapat bertahan. Cukup 10 post, aku official kan ke dunia luar (haishh poyo lagi).
Okaylah, bye.

06-12-2015