#15 Mok Mertuo

"Mak mertua ko okay tak?"
"Okay je. Nape?"
Haaa...Rata-rata sape yang dah kawin, mesti dah jawab soalan paaaaling feymes ni. Yelah, ko ingat ko kawin makwe pakwe 9 tahun korang sekor tu je.  Satu keluarga dari nenek saudara punya sepupu sampai ke anak buah kakak sepupu dia punya kawan ko kawin okay. Tapi yang paling engkorang kena ambil hati kaw kaw (yang lain engko sep tangan je ok dah hehe), semestinye mak mertua yuolls. Terutamanya kaum hawa hawa dingin sedunia. Mana taknye, dia dah membesar kan soulmek korang tu dari budak hingusan sampai jadi engineer, korang sedap sedap curik suruh jaga makan minum korang pulak. Banyak cantekkkk. Jilat kaki mak dia dulu! Okay over.

Aku boleh dikategorikan sebagai menantu yang huntong jugak la. Dapat mak mertua yang cool, happy-go-lucky dan slamber. Eh elok sikit ek! Mana ada bodek. Mak mertua aku tak baca pun blog ni. Kalau dia baca dah lama aku tambah baik hati, lawa, lemah lembut, sopan santun dan semua budi pekerti budaya kite hehehe.  Korang tau kan selalunye memang awkward untuk fefeeling sayang dengan mak mertua macam kite sayangkan mak kandung. Dengan mak kat rumah bercerita sambil bertepuk tampar. Bila balik rumah mak suami terus duduk kat korner sambil senyum paksa. Lagi lagi kalau kawin orang utara. Sepatah haremmm ko tak paham. Memang senangla dorang nak mengata pasai seluor jeans ko yang koyak kat kepala lutut ala ala trend avril lavigne.

First time aku jumpa mak pakwe aku adalah time convo dia. Giler nervous tapi aku cool je. Time tu masih jahiliyah tak pakai tudung hihi. Nasib baik pakai baju kurung. Nampak wanita melayu sikit. Aku masih ingat apa aku cakap sebab 4 patah perkataan je. "Makcik balik rumah bila?". Naissssss. naisss move. Dem. Mesti dia ingat aku menghalau balik (T_T) Apa jawapan mak dia bagi selepas tu langsung aku tak dengar sebab terasa diri ni bengap seketika. Lepas tu aku senyap je. Karang keluar soalan bodo "makcik datang sini naik apa?". So baik aku diam (-_-")

Lepas tu ada lah 2 kali lagi aku jumpa mak ayah dia lagi. Mak mertua aku memang suke masak. Rasanye kalau buat buku resepi, agak agak jilid ke-4 baru siap buku resepi dia. Itu pun tak  termasuk lagi resepi cikai-cikai macam laksa pahang. Nampak tak? Cikai je laksa pahang tu cik kiah ooooii~ Dan sebabkan skill masak aku belum tahap Martha Stewart, mak mertua aku memang faham sangat bila aku slamber cakap "Mak, koi dok pandai siang ikang". kwang kwang kwanggg hihihi peace (^_^)Y

Setiap kali aku balik dari kampung, mesti aku teringat nak tulis post pasal mak mertua. Yelah semua pun ada cerite masing masing. Ada yang dapat mak mertua kaya raya sampaikan cuti kat Europe pun mampu bawa besan besan dia sekali. Ada yang dapat mak mertua dingin. Dari awal ko tunang pun dia tak heran nak sarungkan cincin kat jari keling ko yang bau losyen baby Johnson. Eh, jari manis. Dan mama aku sendiri adalah mak mertua yang baik, hype dan supporting.

Akhir kata, aku memang takde tips untuk pikat hati mak mertua.
Pandai pandai la korang. Chow chin chow~

04-04-2016