#17 Mana Menghilang?

Assalamualaikum. Kum apa? Kumis. Mis apa? Mis aku dok?
Sejujurnye, aku dah lama pasang nawaitu nak update belog cikai ni tapi apekan daya, selalu takde idea ape nak taip. Nak share recipe maggi asam laksa tambah telo tapi macam engkorang dah lama tau je recipe tu. Sebok je tiru! Tapi dari last post aku (bulan Mei), memang banyak berita yang nak aku kongsikan. Ada suka dan ada duka. So aku cut to the chase jelah ek...

PERTAMA. Alhamdulillah Ya Rab, doa aku termakbul. Aku sekarang mengandung.

Kedua, berita gembira ni hanya sempat dikongsi dengan adik ipar aku untuk waktu yang singkat sebab dia telah kembali ke rahmatullah sebelum dia sempat tengok rupa anak buah dia. Tahun ini aku dah kehilangan 2 insan yang sangat disayangi. Semoga arwah uwan dan angah tenang disana. 

Ketiga. Aku bakal mengakhirkan Masters study aku bulan ni. Alhamdulillah. Berkat doa mama abah dan sokongan padu dari supervisor aku yang siang malam whatsapp untuk tolong aku.

Keempat, dua hekor kucing aku dah sama sama bunting. Sebok je nak mengandung jugak. Tak bagi aku peluang nak rasa limelight. ughhh!

Aku rasa itu sahaja kupasan kupasan yang tak sempat aku kongsi untuk 6 bulan lepas.
Nanti aku share details on TTC khas untuk wanita yang masih menantikan cahaya mata.

Tunggu na~

02-11-2016

#16 Pasar Malam

Selain kenduri kawin, open house raye dan birthday parties, aku paling la suke pergi pasar malam.  Pantang orang ajak, mesti aku paling beriye-iye sarung tudung terus. Sebenarnye, pasar malam ni dah macam rumah kedua aku (BAHAHAHA selekeh la kau). Apa yang seronok sangat pun aku tak tau. Balik balik makanan yang sama jugak aku beli. Round 2 3 kali. Last last pergi beli yong tau fu tempat yang sama. Teringat time dating dulu pun, aku mesti bawa mantan-mantans aku ke pasar malam. Senang nak pilih apa nak makan. Tak payah susah susah jawab soalan STPM "bebi nak makan kat mana?" Itu saje dah ambik masa sejam fikir. Sekali aku jawab "emm mana mana je pun okay buchux hancing." Haaaa, meragau kau cari tempat nak makan.  Kire bersyukur la kalau dapat makwe sempoi macam haku ni. Ada minachi yang jejak pasar malam pun tak nak. Tak class laaa. Padahal pakwe ko tu orang ghombau sejati.  Beger mekdi pun first time makan time kolej. Itu pun kerat dua ngan roomate dia (metafor takde kaitan dengan yang hidup mahupun yang ex)

Banyak jugak kawasan pasar malam aku dah singgah. Tapi aku bukan kategori hantu pasar malam lagi la. Yang jauh kat KL, kuolo selangor tu takde lah aku terhegeh-hegeh kena lawat. Cukup la yang mana dekat.  Pergi pasar malam jauh jauh, last last beli murtabak ayam rm3. Baik engko makan kat Subway lagi berbaloi dari bazir masa, petrol, smart tag dan tenaga untuk bersiap.

Post kali ni pendek sebab aku dibayar untuk promote pasar malam ;-p jus kedinggg.  Aku actually nak share jadual pasar malam yang selalu aku lawat. Kalau terjumpa aku tu, sep la sikit. Jangan la bisik belakang, standby camera henfon nak ambil gambar together-gether, tapi last last segan nak tegur (itu sebijik macam aku kalau jumpa remy ishak (-__-"))
Anyways...

1) Putrajaya Presint 4 (belakang Istana Kehakiman) : Setiap hari Selasa & Jumaat. Bermula dari 3 pm - 10pm. Pasar malam putrajaya seba serbi. Makanan ada, baju kurung dan shawl ada, gerai buah ada, orang jual sayor dan ayam daging pun ada.

2) Shah Alam Seksyen 6 (di kawasan parking kereta Pasar seksyen 6 SA) : Every Selasa & Jumaat. Bermula dari 4pm - 9pm kot. Tak pernah aku pergi time malam. Sini banyak jual makanan je sebab pagi pagi memang ada pasar basah dan kering.

3) Bandar Saujana Putra (sebelah Petronas) : Setiap Selasa. Bermula dari 6pm - 10pm.

4) Solaris Dutamas, KL : Setiap hari memang takde kat kawasan ni. Hahahaha mana la ada pasar malam kat kawasan oghang kaye raye hari-hari hari raye (^o^)Y

Yong tau fu & tau fu fah memang wajib hihi

07-05-2016


#15 Mok Mertuo

"Mak mertua ko okay tak?"
"Okay je. Nape?"
Haaa...Rata-rata sape yang dah kawin, mesti dah jawab soalan paaaaling feymes ni. Yelah, ko ingat ko kawin makwe pakwe 9 tahun korang sekor tu je.  Satu keluarga dari nenek saudara punya sepupu sampai ke anak buah kakak sepupu dia punya kawan ko kawin okay. Tapi yang paling engkorang kena ambil hati kaw kaw (yang lain engko sep tangan je ok dah hehe), semestinye mak mertua yuolls. Terutamanya kaum hawa hawa dingin sedunia. Mana taknye, dia dah membesar kan soulmek korang tu dari budak hingusan sampai jadi engineer, korang sedap sedap curik suruh jaga makan minum korang pulak. Banyak cantekkkk. Jilat kaki mak dia dulu! Okay over.

Aku boleh dikategorikan sebagai menantu yang huntong jugak la. Dapat mak mertua yang cool, happy-go-lucky dan slamber. Eh elok sikit ek! Mana ada bodek. Mak mertua aku tak baca pun blog ni. Kalau dia baca dah lama aku tambah baik hati, lawa, lemah lembut, sopan santun dan semua budi pekerti budaya kite hehehe.  Korang tau kan selalunye memang awkward untuk fefeeling sayang dengan mak mertua macam kite sayangkan mak kandung. Dengan mak kat rumah bercerita sambil bertepuk tampar. Bila balik rumah mak suami terus duduk kat korner sambil senyum paksa. Lagi lagi kalau kawin orang utara. Sepatah haremmm ko tak paham. Memang senangla dorang nak mengata pasai seluor jeans ko yang koyak kat kepala lutut ala ala trend avril lavigne.

First time aku jumpa mak pakwe aku adalah time convo dia. Giler nervous tapi aku cool je. Time tu masih jahiliyah tak pakai tudung hihi. Nasib baik pakai baju kurung. Nampak wanita melayu sikit. Aku masih ingat apa aku cakap sebab 4 patah perkataan je. "Makcik balik rumah bila?". Naissssss. naisss move. Dem. Mesti dia ingat aku menghalau balik (T_T) Apa jawapan mak dia bagi selepas tu langsung aku tak dengar sebab terasa diri ni bengap seketika. Lepas tu aku senyap je. Karang keluar soalan bodo "makcik datang sini naik apa?". So baik aku diam (-_-")

Lepas tu ada lah 2 kali lagi aku jumpa mak ayah dia lagi. Mak mertua aku memang suke masak. Rasanye kalau buat buku resepi, agak agak jilid ke-4 baru siap buku resepi dia. Itu pun tak  termasuk lagi resepi cikai-cikai macam laksa pahang. Nampak tak? Cikai je laksa pahang tu cik kiah ooooii~ Dan sebabkan skill masak aku belum tahap Martha Stewart, mak mertua aku memang faham sangat bila aku slamber cakap "Mak, koi dok pandai siang ikang". kwang kwang kwanggg hihihi peace (^_^)Y

Setiap kali aku balik dari kampung, mesti aku teringat nak tulis post pasal mak mertua. Yelah semua pun ada cerite masing masing. Ada yang dapat mak mertua kaya raya sampaikan cuti kat Europe pun mampu bawa besan besan dia sekali. Ada yang dapat mak mertua dingin. Dari awal ko tunang pun dia tak heran nak sarungkan cincin kat jari keling ko yang bau losyen baby Johnson. Eh, jari manis. Dan mama aku sendiri adalah mak mertua yang baik, hype dan supporting.

Akhir kata, aku memang takde tips untuk pikat hati mak mertua.
Pandai pandai la korang. Chow chin chow~

04-04-2016

#14 Pasrah

Post kali ni berbau sedikit melankolik. Nak lagi feel, pasang la lagu 'The Scientist - Coldplay' sambil baca coretan hatiku ini.   Yelah, hidup ni tak semesti setiap hari bunyi disco. Ada hari sepanjang masa volume mute, esok lusa pulak bunyi hujan, pastu hari sabtu ahad bunyi dangdut (metaphor fail tahap dewa T_T).  Ceritanye aku dalam sedar tak sedar, dah dapat terima kisah Yang Maha Esa dah coretkan untuk aku.  Dalam erti kata lain, aku pasrah.  Selalu orang kaitkan pasrah ni dengan give up. Malas nak berusaha. Tapi aku pasrah yang meletakkan kepercayaan seratus percent pada semua ketentuan Allah SWT.

Aku ni susah sikit nak luahkan pekung didada. Sebab tu orang selalu nampak aku ni macam okaaaayje kalau tanya apa apa. Kalau ada apa apa berita sedih, memang dahi aku ada tulis "can handle all news, bring it on". Kalau nak suruh simpan rahsia, dahi aku ada kesan toreh "sampai mati tak bocor rahsia, cepat bagitau!". Kalau nak cari gaduh pun, muka ni juga ada aura "jom serbu lowyat petang ni. Kite cari apek semalam yang jual kat aku ifon ciplak!". Okay over. Tapi semacho macho rupe muka, dalam hati siapa yang nampak.  Macam takde halatuju je post ni hahaha.

Sebenarnye aku sedang mencuba untuk dapatkan zuriat a.k.a trying to concieve a.k.a buat anak. Dan bukanlah semudah yang kite blajar kat kelas Biology form 4. Masuk terus beranak. Pok hang mane yang ajar macam tu? Dan walaupun usia perkahwinan aku baru masuk 6 bulan, setiap kegagalan persenyawaan sedikit sebanyak ada rasa kecewa jugak. Lagi lagi bila kite nak sangat sesuatu. Sama macam fail exam semester, orang cakap takpe "try lagi. study hard". Tapi fail lagi. Pastu kite google tips untuk berjaya dan praktik kan. Tapi faaaail lagi.  Pastu kite ambil kismis siang malam untuk bagi otak kawkaw Einstein. Tapi fail lagi padahal satu buku teks tu aku dah rendam siap minum. Sama situasi aku sekarang.  Walaupun aku belum go to the extend dan jumpa doktor, tapi banyak juga product aku guna untuk baiki kesuburan (walaupun aku tak pasti kesuburan ke masalahnye).

Orang cakap baru 6 bulan. Rileks la. Honeymoon lagi. Amboi, karang aku rileks sampai 3 tahun, tak ke kempunan orang tua aku nak tengok cucu dorang. Aku takde masalah menjawab soalan basi orang "dah ada isi?" "awak bila lagi?". Kalau isi tu, process food semalam ada lah makcik. Besar ubi. Pagi tadi dah flush keluar dah. BAHAHAHAHA. okay pengotor. Sentap makcik tu hihi. TAPI. Aku masih terasa bila dapat tau berita baik dari orang lain. Lagi lagi sepupu dan bestfriend yang kahwin lagi lambat dari aku. Jealous feeling mustahil takde. Sedangkan kucing gesel gesel kat kaki suami pun aku shooh shoooh, apa lagi jealous kat kebahagiaan orang lain.  Tapi aku tetap gembira dengan berita dorang sepertimana orang single gembira dengan berita gatal korang nak kawin.

Bila dengar cerite cerite pengalaman time pregnant, dengan tengok nasi takde seleranye, pening sepanjang hari, tido tak nyenyak, ketagih bau ketiak suami (ni tipu), aku sedikit sebanyak dapat terima takdir yang Dia belum nak bagi aku lagi rezeki anak sebab aku pun masih tak siap thesis Masters lagi (ouchh) dan walaupun aku banyak kali rasa confident yang aku dah bersedia untuk timang anak, Dia je tahu apa yang terbaik dan bila waktu yang terbaik. Aku pasrah.

Akhir kata, aku tak menggila habiskan duit untuk makan 3 produk sekali gus.  Aku tak beli 10 test untuk kesan tahap kesuburan sebelum bersenggama. Aku makan QASEH ADINDA keluaran Ana Edar RM78/sebotol yang bahan-bahan semua dari makanan sunnah seperti kurma, madu, habatul sauda, buah tin, air zamzam dan 3 bahan istimewa yang berbeza dengan Qaseh Kekanda untuk lelaki (bagi le peluang hakak promote seminit jaaap).  Kali ni aku cuba makan makanan sunnah tanpa folic acid apa bagai seperti yang doktor internet sarankan.  Aku sebenarnye cuba untuk kuatkan otak dan lawa kan kulit. Tengok review, ramai yang berjaya ada anak lepas amalkan qaseh adinda. Alang-alang dah cuba, doa-doa lah ada rezeki yang dinanti-nantikan.

Dan semalam aku main squash first time. Time main, aku rasa seperti semua masalah dan stress hilang. Rasa muda dan waktu muda aku macam belum puas digunakan. Ondewei balik, terus aku cakap kat suami "jom pergi Hatyai naik train ets nak?" hehehehe. Terima kasih Ya Allah sebab masih bagi kesempatan untuk luangkan masa bersama suami tersayang, berbakti pada mama abah, mak ayah, curahkan kasih sayang pada adik beradik dan anak buah-buah. Alhamdulillah.
Untuk orang yang senasib, teruskan berusaha dan berdoa.
Nak beli Qaseh Adinda dan Qaseh Kekanda, boleh comment number phone (serious buyer only hahaha acah acah peniaga online)

btw, thesis tinggal nak print dan bind je lagi. Lusa dah kena hantar.
Harap harap hujung bulan ni tibe tibe mengidam cencalok Thailand. yey!

16-03-2016

#13 APA ADA DI HO CHI MINH (bahagian 2)

Xin Chào cincau! (maksud : hello cincau)
Untuk bahagian 2, aku akan share restoran restoran di HCM dan recommended makanan yang haros sangat ekau try kat sana. Restoran ni semua dekat dengan Blessing 1 Hotel dan pasar Ben Tahn seperti yang aku cerita dalam BAHAGIAN 1. Dan senang dicari dalam google map.

1) Restoran HAJAH BASIROH.
Kalau engkorang google makanan halal di HCM, rata rata semua suruh makan kat restoran Hjh Basiroh ni. Mungkin sebab dia antara kedai halal yang paling awal betapak kat HCM. So sesampai je aku dan rombongan kak kiah ke sini, kiteorang try kedai Basiroh untuk makan tengahari. Time aku baca review kat blog orang, dorang cakap restoran ni dah tak sesedap dulu dan mahal. Sebabkan Along aku dah terdahulu masuk, takkan nak keluar pulak kan? Alang alang dah masuk rumah orang takkan nak balik tibe tibe. Lagi satu, tak cube tak tahu. So kami pun order beef pho noodle (mee sup daging), nasi goreng biasa dan nasi goreng belacan. Order sikit je sebab nak rasa, tapi portion memang banyak.
Points : 2.5/5.
Review : beef pho memang sedap tapi nasi goreng semua agak kering dan tak memadai dengan harga. Orang melayu kite pun tak ramai kesini. Agak kosong restoran Hjh Basiroh berbanding dengan restoran lain. Mungkin zaman kegemilangan dah berakhir bila banyak restoran halal lain dah dibuka. Persaingan makin banyak wa cakap sama lu.

Sorry yek, tak sempat nak ambil gambar, syaiton dah hasut suruh makan oi. Walaupun  makanannye kurenggg sikit, tapi tetap habis untuk elakkan butiran butiran nasi nangis di akhirat nanti (bila ostajah berbicara).





2) Restoran OSMAN
Untuk makan malam hari pertama, kiteorang try restoran nama lelaki pulak. Mama nak try masakan ikan stim. Agak risky pergi negara lain dan try ikan stim walhal lidah melayu ni kalau tak pedas, tak masam, memang takleh go. Menu kiteorang order, ikan stim masak kungfu, sayur campur, telur dadar dan vietnamese springroll (popiah). Pergi Vietnam tak makan popiah dorang memang tak sah laaa. Aku bagi markah bukan bergantung pada harga semata, tapi pada rasa juga orite. Air blended memang sedap sini. Avocado, caramel dan soursop. Sampaikan malam terakhir pun kiteorang serbu sini untuk minum air blended je.
Points : 3.5/5
Review : Vietnamese springroll ada bau hanyir mungkin bau dari kulit popiah tu. Lauk pauk semua sedap tapi agak kering sebab tak order soup. Dan, portion kat mana mana restoran halal ni semua besar besar. Satu pinggan boleh share 2 orang. Tapi kalau nafsu kau dah macam gajah, eloklah ko order untuk diri sendiri.




3) Restoran SERAI
Ini direcommendkan oleh Abah.  Sebabkan dia dah pergi HCM 2 kali untuk kerja, dia cakap restoran ni memang sedap. Nama Serai pun memang feymes kat Malaysia tapi bukannye Serai yang jual pavlova sedap tu ha.  Untuk kedai Serai kiteorang order beef pho, spicy sour soup, mee goreng dan meehoon goreng singapore. Vietnamese springroll pun kiteorang order sekali lagi untuk rasai perbezaan tempat mahal dan tempat murah (Osman). Popiah kali ni tak hanyir dan ada tambahan daun basil. Tapi aku memang lagi suke popiah goreng malaysia. Sebab tu orang malaysia gemuk gedempol dok ashik telan minyak seri murni siang malam. yammmi yammiiii
Points : 3/5
Review : Mungkin sebab menu yang kiteorang order buat aku takde selera sangat. Tapi meehoon singapore Serai memang sedap. Overall, just okay untuk isi perut. Nak cakap lebih pun aku takde apa sangat nak comment. 










4) Restoran HALAL AMIN
Walaupun nama kedai macam tak havoc, tapi aku rasa antara semua restoran halal, kedai ni paling sedap dan menepati citarasa melayu kite. Aku try pun sebab tengok 2 malam berturut turut ashik penuh dengan orang melayu kite. Kat sini aku try nasi ayam, beef pho noodle, chicken pho noodle dan nasi goreng belacan.
Points : 4.5/5
Review : Markah kurang 0.5 sebab service yang kurang cekap especially untuk customer yang makan di tingkat atas. Habis bagi semua makanan, dorang dah tak naik tingkat atas. So kalau nak order air ke nak minta tissue ke, kenalah turun tangga curam dan minta dari pekerje dorang. Overall, nasi ayam memang sedap, nasi goreng belacan pun sedap giler. Mee daging dan ayam pho tu so so je. Aku tak tau nak klasifikasikan sup sebab sup ni memang macam tu jelah. Ko makan soto orang tanya sedap ke tak, mesti lah sedap sebab ada sup bahahaha jawapan bangang.



Kalaaaaau datang lagi, aku akan makan nasi ayam Halal Amin ni lagi. Berbaloi~





5) Restoran THE DAUN
Kiteorang ke restoran ni sebabkan Along aku cakap datang Veitnam kena try sandwich hoaggies dorang.  Cari punya cari, paling dekat dengan ben tahn adalah restoran The Daun. Dan review dari orang memang memberansangkan. Apalagi, haruslah try sebelum balik besoknye. Sini kiteorang order beef pho sekali lagi (muak giler), spicy beef pho, nasi goreng, meehoon goreng ayam dan beef sandwich. Sandwich memang besar dan sodap bak ang, kalah Subway sekejap. Aku siap kena bungkus separuh sandwich sebab nampak macam pelahap kalau habiskan semua on the spot.
Points : 5/5
Review : Bukannye sengaja nak bias tapi ada sebab kenape restoran ni menang award tripadvisor. Makannye memang sedap. Nasi goreng yang kononnye mama nak share dengan aku, tup tup dia habiskan semua licin. Cuma spicy beef pho tu aku tak berkenan dengan mee dia berbanding dengan mee beef pho. Owner pun sangat friendly. 

 



So aku harap sedikit sebanyak, korang ada lah idea mana nak makan nanti. Takdelah kebulur siang malam makan maggie kari. Selain dari restoran ni, ada je restoran halal lain yang aku tak sempat try sederet dengan Blessing 1 Hotel.
Dan review review aku bagi tu harap takde hard feeling okay. Mana la tau kot kot kedai makcik korang yang aku bagi markah 2.5 tu. 

Okay dah. Chow sin chin.

06-03-2016

#12 APA ADA DI HO CHI MINH (bahagian 1)

Aku baruuuu je balik dari Ho Chi Minh. Penat lelah pun tak hilang *pepoyo jet-lagged*. Tapi sementara segala memori masih fresh, eloklah aku sharey sharey sikit apa ada di HCM.  Kali ni aku cuma nak share tempat-tempat menarik yang harus dipergi, restoran yang halal-halal belaka dan tips&tricks bercuti di HCM.  
Untuk makluman pembaca setia, aku bercuti di HCM selama 4H 3M. Rasa macam sekejap tapi masuk hari ke 2 aku dah tazabarrrr nak balik Malaysia. Sebab apa? sebab nak pecah kepala aku kire duit dorang tiap kali nak bayar makanan. Sape dah pergi, tau lah macam mana stressnye.

Aku nak mula kan post dengan hotel yang aku tinggal.
BLESSING 1 HOTEL 
Honestly, time aku nak book hotel, metaphorically aku rasa rambut aku separuh kepala dah gugur. Stress giler! Ada lebih kurang 30 hotel dalam satu kawasan.  Walaupun mama dah bagi preference yang dia nak dekat dengan pasar Ben Tanh, persoalannye, mana satu yang paling zezzuai yang patut dipilih. Seperti biasa aku akan check Agoda. Godek punya godek. 5 hari 5 malam aku dok check satu persatu review hotel-hotel kat ho chi minh ni. Mesti korang pikir, apasal susah sangat kan? kan? First, kalau aku kaya, memang aku duduk je mana mana 5 star hotel. Nak kemana mana je aku ambil teksi. Tapi sebabkan, accomodation ni atas belas kasihan sponsorship Pa&Ma, aku taknaklah bebankan dengan bil credit card yang tinggi. Second, budget tu budget jugak tapi haroslah ada standard. Taknak lah main pilih je hotel murah, sekali tandas bersharing, aircond tinggal gas kosong, lobang shower tersumbat. Yu get what i mean kan? and Third, bila bawa kanak-kanak, harus juga mempertimbangkan rupe kawasan hotel, jarak hotel dari tempat makan, dan keselesaan bilik. 
So akhirnye, top 3 hotel sebelum confem Blessing 1 Hotel adalah Cat Hotel, Saigon Pink Hotel dan Blessing 1 Hotel. Semuanye 5 minit berjalan kaki ke pasar ben tanh.  Boleh lah chekidaud hotel hotel ni kalau Blessing 1 Hotel tak menepati citarasa anda.


Personal Review : Untuk bilik Luxury Quad (2 double queen bed), ruang sangatlah spacious. Ada sofa dalam bilik, so boleh la seludup lagi sorang hihi. Tandas memang tiptop. Soket tak perlu bawa universal charger sebab boleh masuk charger Samsung/iphone/lenovo/oppo engkorang. TV ada channel astro walaupun tak banyak, boleh la hidup tengok Tomorrowland 2 3 kali. Iron takde kat hotel ni (T___T).
Bilik twin bed (2 single bed), ruang agak terhad especially untuk solat. Tak muatlah kalau nak jemaah satu keluarga. Tandas ada bathtub. Tuala untuk semua jenis bilik disediakan.
Sarapan yang disediakan 70% halalatun toiyiban insya Allah. Kalau ada ayam tu jangan nak memandai isytihar darurat, buah masih ada. cornflakes, salad, roti dan telur rebus semua disediakan. Nasi goreng pun dorang letak cebisan ikan. Overall, memang muslim friendly. 

Aku memang recommendkan Blessing 1 Hotel ni walaupun harga sedikiiiiit mahal dari hotel lain. Mungkin next time aku datang, aku try hotel lain pulak. Ececeee, tadi cakap tak sabar nak balik, ni nak datang lagi pulak ehek ehek *tergedik gedik*

Anyway, now aku share tempat-tempat menarik di HCM :

1) Ben Tanh Market : Ni memang lubuk segala lubuk orang melayu kite bershopping sampai tak ingat nama anok bini.  Kat pintu masuk dah ada syaitooon menunggu untuk menggoda mokcik-mokcik, kakok-kakok, abe-abe, ayoh-ayoh dan semuo pompuang untuk membeli. Tak kira lah kain ke, beg ke, kain lagi ke, baju, sluor, kain lagi. Acah acah petaling street kite la ni. 
Dan sini peniaga memang aggressive. Jangan memandai test try tawar menawar pastu tak jadi beli, memang free free kena sumpah jadi hanjiang. Tawar menawar pun haruslah harga yang logik. Karang dia dok panggil kite "yu crazy ah". Sampai-sampai je HCM, along aku dah brainwash cakap RM5=25,000vdn. Plus minus la. Duit RM masih laku kat sini tapi peniaga ni pandai, kadang kadang dorang mahalkan sikit bila convert RM ke VDN. Alasannye duit kite jatuh hari ni. Pepandai sendiri lah korang budget berape nak exchange duit. Tips aku, guna VDN untuk makan minum, dan guna RM untuk shopping. USD tak diperlukan. Buat pening kepala hotak je dok convert duit.


Malam dari pukul 6pm-12am (masa tempatan), barang pasar besar ben tanh ni dorang harung bawa kat luar pulak. Agak hype jugak la. Kalau terlupa nak belikan mak mertua tshirt "Just Pho You", boleh la lari sat ke downtown ben tanh. 

2) INDEPENDANCE PALACE a.k.a War Remnant Museum : Okay sebabkan aku dan rombongan kak kiah aku taklah patriotic sangat, kiteorang tak pergi Cu Chi Tunnel. Untuk info : harga ke Cu Chi tunnel tour, sekepala RM70/350,000vdn. Dan harga untuk masuk ke museum ni RM3/sekepala/15,000vdn. Berbaloi ke tak tu taktau lah.  Mama aku cakap, kite bayar untuk tengok meja kerusi President dorang je kah kah kah. Betul jugak. Tapi kalau tak kesini, memang korang siang malam berfoya-foya kat pasar Ben Tanh tu je. Nak mengisi aktiviti, boleh la lawat museum ni. Dari hotel mengambil masa kurang dari 30 minit untuk jalan ke sini.  



3) Saigon Central Post Office : Pos ofis ni dibina pada tahun 1885 time Vietnam dijajah oleh Perancis (maaf dipohon kalau fakta salah. Almaklumlah, SPM Sejarah dapat C je). Sehingga hari ni, pos ofis ni masih beroperasi. So sempatlah aku hantar poskad kat orang tersayang (suami) nun jauh di rumah. Satu poskad 5,000vdn dan setem 10,000vdn. Interior dalam pos ofis ni memang ada french touches. Terasa macam kat oversea sekejap. Cara ke sini, boleh ambil teksi takpun gunakan kaki Allah bagi dengan sepenuhnye. Duration dari hotel guna kaki, 40 minit. Lepas ke museum, terus je ke pos ofis. Tak rugi, serious!








4) City Hall of Saigon : Aku sebenarnye terserempak dengan dataran ni time ondewei ke Saigon Post Office. Tak tau apa sejarah dataran dan dewan bandaraya ni tapi memang luasssss.  Ada kelebihan juga bila berjalan kaki walaupun cuaca panas terik. Dapat jumpa shoping complex dan tempat tempat classy ala-ala Pavilion KL kite. Tapi kosong je sebab kedai semua brand.

























Cukuplah aku share tempat-tempat menarik di HCM. Memang tak banyak sebab tu orang datang shopping kat pasar ben tanh je. Untuk post bahagian 2, aku akan share restoran-restoran halal yang boleh direcommend. Dalam 4 hari, 5 restoran halal aku try. Naik muak makan beef pho.
Lapar la pulak.

04-03-2016

#11 Budget trip 3H2M ke Singapore

Aku suka baca travel blog orang. Especially yang low budget punye.  Dan aku memang suka pergi makan angin dengan lahapnye.  So today, aku akan poyo poyo share pengalaman bercuti aku ke Singapore dengan budget less than RM 1000 selama 3 hari 2 malam.

Aku nak warning awal-awal, post ini zezzuai untuk bagpackers/ students/ couple kurang kemampuan/ machai gaji less than 2k/ bangla-banglas dan semua yang senasib dengan aku.  Bagi yang nak bawa ahli keluarga, boleh la ambil points penting. Harap dapat membantu.  Tak bantu pun takpelah. Baca jelahhh~

Okay. Lets start with flight ticket.
Mengikut pengalaman bertahun-tahun aku search deep deep for cheap flights, it always ends up at AIRASIA (now bangla can afford to fly too).  Tetapi ada je airlines yang lagi murah.  Harus lah rajin-rajin check promo okay.  Bagi aku kalau beza singgit dua hinggit tu, jangan la haji bakhil sangat. Bayor je lah.
SOoOoo, bila AirAsia ada buat free seats promo, cepat cepat la beli ye.  Note penting : masuk tahun baru, terus highlight tarikh cuti panjang atas kalender. Jimat masa sikit dok tenung kalender lama lama.
In my case, tiket flight aku ke Singapore pergi balik, harga RM 200 (termasuk tax & seats). Aku tak ambil insurance charge RM50. Insurance aku hanya cukup dengan doa dan tawakal. Haaaa nampak tak bila ostajah berbicaraaa. Hambek kau!

Next, semestinya kos itinerary di Singapore.  Tiket masuk ke Universal Studio Singapore.  Kauorang pergi Singapore nak buat apa lagi kan? Takkan saje saje nak makan  nugget mekdi.  USS is like the highlight of Singapore selain dari Marina Bay dan Merlion.  Aku taktau harga terkini tapi 2 tahun lepas (2014) ketika duit Malaysia masih laku, aku beli tiket uss harga RM150/person.  Murah tak? Murah sebab aku rajin check promo dari GROUPON.  Atau mana mana website yang selalu spam engkorang dengan tawaran hebat.

Accomodation pulek.  Aku tinggal di Pillows and Toast Heritage Hostel di Chinatown, Singapore. Yeszaaa tido atas bunk bed ala-ala asrama penuh seperti gambar di bawah.  Budget hotel boleh search kat Agoda.  Kalau nak yang lagiiiii murah, memang ada!  Tapi aku taknak la share bilik dengan 10 orang.  Lagi lagi dengan foreigner.  Segan mak nak ganti baju nok. Almaklumlah badan orang asia ni takde korner. Banyak bumper je bahahaha ouchhh terasa aku oi (-__-")

(dari kiri) Ghupe hostel dari luar. Macam kat Budapest gituew.  Yang tengah tu gambo reception. Kecik je sebab tetamu pun tak ramai macam kat mekdi bukit bintang.  Hat kanan sekali tu gambar lobi.  Seghonoknye pasai hostel ni, kat luar(outdoor) ada ruang untuk makan sambil tenung bintang dan boleh main boardgames dan jenga yang disediakan. Tak la awkward sangat bila dah habis mandi (shared bathroom) tak tau nak bual pasal apa. kan?kan? 

Satu bilik, enam katil. 
Se-malam RM89/sekepala.
So 2 malam RM178.

Moving on...
Duit blanje makan minum.  Okay ini, atas hawa nafsu serakoh sendiri.  Kalau rasa macam kena makan 6 kali sehari (sarapan, brunch, lunch, teabreak, dinner, supper), engko bawa la duit lebih untuk mengisi tong drum tu,  Sebabkan hostel aku sudah pun menyediakan sarapan yang ala kadar, terjimatlah sikit duit disitu.  Lunch aku makan roti.  Kalau ada duit lebih, aku dan kengkawan makan tempat yang gah sikit ala-ala Rich Kids of Beverly Hills. Hari lain aku memang makan macam bangla mesia makan. So blanje makan aku cukuplah RM100 untuk 3 hari.

Kalau kat Malaysia, RM8 je tapi kat Singapore mau nye RM20. Rencah dorang guna mahal kooot.  Ni kalau makan sengsorang, dah lama aku korek korek isi nenas ni.  Akan ku slamber siat nenas tu sampai tinggal kulit. Malu sangat kalau mak bapak aku baca blog ni kui kui kui.

Ni aku cakap dengan kawan aku "Nasi goreng macam ni belambak kat seksyen 7, Shah Alam".

SOUVENIRS. Haaaa, aku tau setiap negara ada lubuk barangan murah.  Kalau kite kat Malaysia memang ashik recommend petaling street, kat Singapore pun ada tempatnye hoookay, Celah bedah mana?? Haaa....Bugis Street. Aku tak lah berbelanje sangat kat sini. Sebabkan dah 3 kali aku ke sini. Keluarga pun tak heran sangat sebab masing-masing dah pergi. So aku  beli untuk diri sendiri je.  Overall aku spend RM20.

Keychair, tshirt, fridge magnet, keychain lagi, mug, topi semua ada disini. 

Jadual perjalanan di Singapore untuk 3 hari 2 malam.
HARI PERTAMA :
Sampai airport > check in hostel > jalan jalan di sekitar Indian road, Bugis Street, Orchard Street, Merlion, Marina Bay Shopping Complex, China town > balik hostel.

HARI KEDUA :
Terus ke USS (setengah hari dalam uss) > ke Sentosa Island > balik hostel.

HARI KETIGA :
check out > Terus ke airport (Airport Singapore dah macam shopping complex aku tengok. Jadi tak buang masa sangat kalau bertolak awal ke airport.  Banyak kedai dalam airport macam kat KLIA 2 kitew) 

Untuk overall activity yang aku buat di Singapore from day one sampai nak balik tak lah banyak. Jalan jalan haroslah mengikut kemampuan fizikal. Betul dog? Dan sebabkan ini kali ke-3 aku ke Singapore, bila offer diri jadi free tourguide untuk kawan-kawan, aku seboleh-bolehnye nak tunjuk segala benda kat Singapore.  Non-setop aku jalan.  Macam kena rasuk pun ada hahaha. Kawan aku sorang ni kejap kejap berhenti nak rehat.  Nak cakap dia gemuk lelah smpai jalan sikit je mengah, tak pulak. Mungkin aku syok sendiri. Berangan host rancangan cuti macam Qi Razali.  

Anyways, ni aku share serba sedikit gambo untuk menggoda engkorang yang masih was was nak pergi ke tak ke Singapore. Chekidaud!

Di sekitar Marina Bay Sands Shopping Mall pada waktu senja tatkala syaiton keluar bermain-main.

Luar shopping mall tu boleh merendek dengan anak ikan.


The famous Merlion! Aci kat dalam gambo tu kebetulan berdiri bawah shower Merlion kah kah kah.

Esplanade. Tempat cenggini kena banyak berjalan. Kalau kao setakat naik MRT dorang jalan-jalan, alamat makan dalam jelah tengok gambar orang lain yang jalan-jalan guna kaki Allah bagi. 

Marina Bay dari jarak jauh.  Jambatan Spiderman tu memang engkorang kena lalu taw!

Sentosa Island. Ramai yang skip ke sini lepas ke USS. Yelah sebab dah penat hoyeah hoyeah dalam uss kan. Tapi aku ni tourist-guide kiasu. Nak tak nak, kawan aku kena datang jugak! Rasai perbezaan Sentosa Island dengan port dickson.  Macam Remy dengan Nabil, Memang jauh beza kan?

Ini salah satu bahan bukti kau pergi USS, Tak ambil gambar kat sini, takde sape nak percaya kau bhai! Prove it or it didnt happen. Wat say you?


Haruslah aku ingat pembaca harga-harga yang aku paparkan adalah 2 tahun lepas tatkala RM 1 = 2.3 SGD. Tahun ni sebabkan duit Malaysia tak laku, maka berkekek kekeklah negara jiran kita ketawakan hutang 2.6B. What am i saying?! Okaylah, sekian sahaja dari aku. Apa yang berguna, boleh lah diambil pakai. Total perbelanjaan aku ke Singapore ni memang less than RM1000. Mungkin ada yang boleh buat lagi murah. 3 hari 2 malam dengan harga RM500 boleh tak? Eh, ekau jangan nak membongak!

Signing out.
22-02-2016

#10 Pemergian Uwan

Semalam.
1 Jamadilawal 1437.
10 February 2016.
Pada suatu pagi Rabu, ketika aku masih dianyam dan diulit mimpi, aku dikejutkan dengan panggilan phone dari kakak ipar aku.  Sebabkan aku ni jenis tak suka bercakap time baru bangun tido, aku silentkan phone dan biarkan phone vibrate (selfish ngat koi).  Selepas tu, ada lagi panggilan dan kali ni aku langsung tak pandang sape call.  Terus ignore.  Tetibe phone suami pulak bedering.  Dalam kemamaian, aku dengar suami aku cakap "okay, nanti kiteorang terus ke GH".  Aku macam boleh mengagak apa wasilah yang nak suami aku sampaikan.  "Yang, jangan sedih kay. Uwan dah meninggal".  Aku tak nangis.  Terkejut pun tak. Sama seperti time arwah atuk meninggal.  Aku cool.  Mata aku hanya pandang ke siling.  Pastu aku bangun, gosok gigi, cuci muka dan pakai baju kurung.  Kalau mandi tu macam terlalu cool sangat pulak. Time aku bersiap, air mata tak keluar lagi. Sampai suami pun tanya "sayang okay?".  Aku sedih tapi aku tahu uwan akan lebih bahagia disana.  Tinggal di dunia pun bukan boleh jalan macam dolu dolu.  Makan tak boleh.  Minum susu pun dari tube hidung.  Siang malam telan ubat. Pasangan hidup pun dah lama pergi tinggalkan uwan.  Aku gembira dalam sedih uwan pergi dengan tenang.
Back to the story, ondewei ke KL aku senyap je. Agak berang sikit sebab suami sempat mandi manda dengan lamanye.  Tau la aku nampak cool, tapi tak perlu ambil leisure time untuk bermain buih haishhh.  Sampai je rumah uwan di Setapak, aku dah tau drill kalau orang mati. Kena kemas rumah. Vacuum celah celah lantai. Keluarkan kerusi untuk buat ruang sambut jenazah.  Cari buku surah Yasin dan apa apa yang patut.

Time masuk rumah, aku salam mama, aku dah berair mata.  Aku lemah sikit bila nampak mama nangis.  Tapi macam aku, mama sebenarnye kebal. Tak senang menangis.  Kejap je dia nangis pastu sambung vacuum rumah. Aku pun macam "aik? Okaaaaay". Mama cakap "bila teringat je dia akan rasa sedih". Sabar ye mama.  So dalam rumah ada maklang aku, adik bongsu dan kakak sulong aku.  Semua dah start bekerja.  Aku pun terus jump in buat apa yang patut. Sangat cool okay.  Adik bongsu aku kejap kejap masuk bilik nangis.  Aku pun naik rimas.  Nak cakap dia rapat ngan uwan, idok jugek.  Ke engko sengaja ngelat nak kemas rumah ni dik oooi. Ape ape jelah.

Tapi sesampai je jenazah arwah uwan dibentangkan atas katil, aku berendamkan air mata sekejap.   Tak dapat aku bayangkan uwan aku yang sentiasa ceria berbaju kurung kedah, kini kaku dan dibalut kain kapan putih.  Memori yang aku simpan hanya yang gembira tentang dia.  Sepanjang uwan sakit (lebih kurang 4 bulan),  takde sekeping photo pun aku ambil. Aku memang sengaja tak ambil dan tak save gambar yang keluarga send dalam whatsapp.  Aku cuma nak mengingati dia sebagai seorang yang ceria dan bubbly. Yes, my uwan was very bubbly. She sings, dances, remembers everyones favourite dishes and cooks for them.  Uwan dengan rela hati suka layankan pose pose yang aku suruh dia buat.  Duckface. Fake laugh. Semua aku buli dia buat, dia buat. She was one of a kind. 

Sebelum uwan meninggal, sempat aku jumpa dengan dia hari Sabtu untuk kemaskan rumah uwan untuk renovation bumbung yang sedap dikunyah anai-anai.  Uwan seperti biasa. Ceria.  Sempat ceritakan kisah setiap satu gelas yang dia simpan. Setiap gelas ada cerita dorang sendiri. Gelas tahun 1957 time Merdeka pun ada. Selalunye orang akan meninggal selepas langsai satu tanggungjawab.  Dan aku tahu uwan sangat risaukan rumah dia. Bila dia pergi sape nak tengok-tengok kan? Sape nak tolong makcik aku? (makcik bongsu tinggal bersama uwan) So bila dia tengok sendiri rumah dia dikemas dan diurus, baru dia rasa tenang untuk pergi. The unfinished business is now being taken care off.

Aku gembira, sepanjang uwan hidup, dia dah tengok aku kahwin, siap food tasting sama sama. Dia dah kunjung rumah aku dan walaupun tak sempat nak jamah dia dengan masakan aku, aku tetap hepi dapat share roti manis yang uwan bawa dari rumah dan makan dalam rumah kosong aku.  Uwan pun senang dengan suami. Suka bila kamiorang datang melawat.  Tak awkward bila bercerita sampai aku rasa macam suami aku yang cucu kandung dia dan aku ni orang luar (-__-").  Uwan tak sempat pegang anak aku.  Takpelah. Dia tau anak aku mesti cun macam cucu dia jugak hiksss.

Uwan kesayanganku kembali ke Rahmatullah.  Hakikat yang semua ahli keluarga aku terpaksa berdepan.  Kadang-kadang kematian membawa satu keluarga lebih dekat, kadang tidak.  Apa-apa pun aku doakan arwah uwan ditempatkan di syurga bersama arwah atuk.
Al-Fatihah.

11-02-2016

#9 Lemak

Exam Rumahtangga 419

*J (jawapan). *SJ (skema jawapan)
Arahan : Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

1) Wey, makin gemuk ar kau!
J : Biaselahhhh aku tengah bahagiaaaah ahhh ahhh~
SJ : Lahabau kau! Tunggu ko kawin nanti. Duduk rumah, kerja kau makaaaan je.

2) So acaner life lepas kawin?
J : Emm macam makin hari makin sayang~ ehek ehek (tergedik gedik)
SJ : Same je. Cuma ada mahkluk lain kite kena ambil kire segala pendapat dan perasaan.

3) Pernah bergaduh ke dengan pasangan?
J : Eh tak lah. Gaduh pasal siapa sayang lebih ada lah. hikss~
SJ : Bilik panas pun boleh buat gaduh okay (-_-") #seriouscase

4) Wei, jom window shopping weekend ni!
J : Tak boleh la. Suami tak bagi. Dia nak bermanje manje weekend ni.
SJ : Malas aku nak jalan jalan. Baju kotor pun masih banyak berlonggok.

5) Ko masak ke kat rumah?
J : Wau. Alif. Jim. Ba okaaay. Air tangan isteri kan lebih bagus dari mamak Hakim seksyen 7.
SJ : Kalau boleh setiap hari aku nak makan kat luar heh heh heh. Malas tahap cipan.

6) Bestnye ada orang nak dipeluk malam malam.
J : A'ah you. Lagi lagi time sejuuuuk.
SJ : Seriously, aku peluk bantal busuk malam malam.

7) Semua jawapan kau macam conclusionnye best je selepas kahwin.
J : Alhamdulillah, macam tu lah nampaknye. Jangan jeles tauuu~
SJ : Nasihat aku, bersedialah dari segi mental, fizikal dan yang paling penting emosi. Bertolak ansur, saling memaafi, bersabar and bertimbang rasa. Nak tau best ke tak, kenalah kahwin :-p

Aku macam takde motif kukuh untuk tulis post ni. Tapi sebab dah terlanjur type, malas aku nak delete semua balik. Ramai kawan aku dah start miang miang nak kahwin (aku paling miang sebab kahwin awal ehek ehek). Rata-rata kawan yang aku jumpa semua tanya soalan yang sama, "best tak kahwin?" "so macam mana life lepas kahwin?" "gaduh tak?" "gaduh pasai apa?". Aku pun taktau nak jawab apa. Ada orang bahagia awal awal kahwin. Honeymoon memanjang sampai lupa nak ngadap reality. Ada yang gaduh 3 bulan pertama sebab nak suaikan diri dengan pasangan. Ada yang tak rasa perubahan sebab dah bercinta lebih 15 tahun sejak sekolah lagi. Ada yang kahwin tapi tak tidur sebilik macam dalam drama melayu pukul 6 petang tu.

Aku? Awal awal memang banyak bermasam muka sebab banyak perubahan harus disuaikan. Elok elok makan maggie, sekarang kena masak nasi berlauk. Dari cuci satu load baju, sekarang kena cuci 2 load. Lipat baju pulak takkan baju sendiri je kan? Tuala tak boleh main sangkut kat tombol pintu sesuka hati. Dia pun dah tak boleh la keluar rumah sesuka hati macam CEO. Harus minta permission secretary. Weekend pun sentiasa diisi dengan shopping barangan dapur. Takpun melawat keluarga mertua. Alhamdulillah, kiteorang tak banyak kerenah pelik. Tak ramai kawan kawan yang harus dipuas hatikan. Apa yang dia tak suka, aku ikutkan, Dan apa yang aku tak suka, GILA KAU kalau dia tak ikut?! Sebulan la dia berpuasa batin!

Anyways, nasihat aku pada yang masih berpegang pada "Single is simple, Couple is trouble",semoga engkau happy tolak kerusi roda kau sendiri. Okay im mabuk. bai.

31-01-2016

#8 Delayed

Mak aihh, 19 hari aku tak post apa apa!  Yelah, sekali karang post dalam 2 jam baru siap edit.  2 jam tu kalau aku gunapakai, dah boleh tengok 2 episode 'The Heirs' tau. Oh my Lee Min Ho *mata timbul love* toingg toingg.  Anyways, semenjak duamenjak ni aku memang sibuk.  Kerja macam tak luak luak. Cuti je memanjang, kerje tak gerak.  Pantang weekend je, aku mesti merewang.  Memang tebiat mama ajar sejak  kecik.  Kalau dulu aku tak keluar jalan jalan dengan family, mesti kena "booo poyo".  So sampai ke besar, pantang diajak, aku terus bersiap.  Pergi mana tu tak penting, yang penting keluar tunjuk muka.

Aku takde ape sangat nak share selain resepi maggi asam laksa yang rasanya semua dah tau.  Tambah telur untuk sedikit kelainan.  haha tak kelakar.
BeeTeeDabelyu, last week, aku tinggalkan suasana kota dan pergi duduk kat kampungstay di Temerloh.  Sekali sekala, jantung kite perlu hirup udara bersih tanpa Coway. Natural air gitue. Taik idong pun tak banyak sangat bile udara bersih.  Aku pergi dengan keluarga besar aku. Mokcik, pokcik, sepupu, sepapat, anak buah, biras dan cucu semua ada. Mema seronok ngat.  Rumah besar, ada swimming pool, makanan breakfast, lunch, dinner semua disediakan, karaoke pun ada. Ala-ala  pergi lawat rumah saudara jauh yang kaya raya.  Sukaneka pun ada dorang organized.  Walaupun bukan macam games dalam running man, tapi tetap best! Makanan pulak, jangan cakap la, sedap nak mamfus.  Bukan aku je yang cakap sedap, mama dan makcik aku yang bertahun tahun masak pun cakap sodap.  Lauk kampung je tapi memang secukup rasa.  Aku siap bungkus bawa balik KL lauk lemak nangka dan ikan masin.  Perghhhhh. Ada tu ha dalam freezer.  Savinggg.  Nanti bila mak mertua aku datang boleh aku kelentong aku masak hihihihi.

So kalau ada sesiapa yang berminat nak tukar selera udara, dah menyampah dengan aircond, boleh la cekidaud KAMPUNG DESA MURNI di temerloh Pahang.  2-3 jam dari KL.  Minimum harus ada 20 manusia.  RM200/pax untuk 3 hari 2 malam (termasuk karaoke, makan, basikal, bilik, elektric, TV, swimming pool).  Oh, bawa la sekali board games, UNO takpun jenga untuk mengurangkan awkwardness bila takde apa apa nak buat.
Chow Sin Chee~~

29-01-2016


#7 Kebahagiaan Dia Aku Dahulukan

Dalam setiap impian,
kebahagiaan dia aku dahulukan.
Dalam setiap pertuturan,
hati dia aku dahulu jagakan.
Dalam setiap keseronokan,
kemahuanku aku pendamkan.
Dalam setiap keburukan,
kedua mataku aku lelapkan.
Dalam setiap kemarahan,
sakit hatiku aku diamkan.
Dalam setiap kesedihan,
titisan air mataku aku tahan.
Dalam setiap kemiskinan,
hartaku aku sedekahkan.
Dalam setiap keikhlasan,
kebanggaanku aku sorokkan.
Dalam setiap kejaayan,
senyumanku aku corakkan,
Dalam setiap jalan kehidupan,
selamanya untuk dia aku ikutkan.
Dan dalam setiap perkahwinan,
semua untuk dia akan aku tunaikan.


Minta maaf atas coretan hati yang berbaur sedih campur darab jiwang. Aku bila dengar je lagu 'Janam Janam' ni rasa macam kena reflect kisah cinta diri sendiri sambil monologue dalam hati "kenape la cinta tak se-drama cerita dilwale? demmm" #np janam janam - Arijit Singh (on replay)

10-01-2016

#6 First day of SCHOOL

Dari darjah 2 sampai darjah 4, pagi-pagi mama akan kejutkan aku setengah jam awal untuk aku ke bilik dia dan sambung tido. Aku akan himpitkan diri tido sebelah abah. Ini memang routine WAU ALIF JIM BA! Kalau mama lupe, memang aku mengamuk pagi-pagi. Mandi sambil nangis. Pakai baju masih tersedu sedu. Bas pakcik hashim dah hon hon kat bawah. Lagi buat aku rasa cuak dan marah. 
Aku memang liat ke sekolah, tapi aku suka ke sekolah. Aku rasa semua budak pun macam tu sebenarnye. Kan best kalau boleh skip mandi, breakfast, tunggu bas, berjalan masuk gate, tau tau dah sampai kelas (oh doremon, wer are yu bebi?).
Masuk sekolah menengah, aku tetap liat ke sekolah. Dulu takde handphone, jadi kunci jam loceng tepat tepat pukul 6am. Takde snooze every 5minute apa bagai. Bunyi je loceng kena bangun pergi solat dan mandi. Dan aku suka mandi awal supaya dapat sambung tido stengah jam lagi hehehe. Tapi sebabkan aku sekolah asrama penuh, jadi kemalasan tu tak melampau-lampau sangat sebab kelas pun tingkat bawah bilik tido je (^_^")Y *peace*  Plus, bila dah dewasa ni, rasa semangat sikit nak ke kelas supaya dapat jumpa senior-senior hensem. OoOolalaaa~ Almaklumlah, hormon jerawat tengah melonjak lonjak naik hik hik...
Masuk kolej pula, takkanlahhhh masih liat. Aku suka pergi kelas time kat kolej. Salah satunya mungkin sebab dah tak payah terhegeh-hegeh iron baju. Sarung je apa apa. Tak mandi pun takpe, orang taktau. Buku pun tak payah bawa kehulur kehilir. Time sekolah takde kelas matematik pun masih bawa buku teks matematik takut tibe-tibe cikgu nak spot check. Beraaaat (T_T). 
Kolej memang gudang transformasi. Sebab tu bila jumpa kawan sekolah, rasa masing-masing dah berubah. Yang dulu loghat penangnye pekat, jumpa balik, speaking matsaleh dah. Kawan sekolah yang gemuk, masuk kolej, terus jadi hot setaff. Yang dulu lembut, masuk kolej, terus jadiii...emm...sotong kurita? Anyways, aku cuma nak luahkan rasa seronok bila musim sekolah dah mula, sebab weekdays SHOPPING MALL KOSONG! Yahuuuuu!!

05-01-2016

#5 Pasangan

Kite ada seribu satu peluang untuk pilih pasangan yang paaaaling memikat hati. Kalau bawa keluar mamak, makwe geli nak makan, tinggaaaaal. Bawa jumpa mak, mak tak berkenan dengan seluar skinny jeans koyak kat kepala lutut, breakkkk. Bawa naik motor, aci monyok memanjang, kau tinggalkan je tepi tol Karak biar dia tau erti syukur.
Anyways, aku baru saje mendirikan rumah tangga (atap, siling, dinding semua belum buat lagi. Tangga je dah hua hua hua klakornyew). 4 bulan tu kire baru lah kan? Kentut pun masih bertahan. 
Kadang-kadang bila curi pandang pasangan aku, rasa macam tak percaya kuasa takdir tuhan. Kiteorang ni bukanlah dalam kategori bercinta bertahun-tahun lamanye. Tapi sebut je "jumpa di kolej", mula la orang bayangkan study sama-sama kat library, pergi foodcourt seiring sejalan, minum teh-bing-so (teh ais satu) sedut guna satu straw, baju kena color sama, ambil exam pun pakai jawapan yang sama (eh?!). Itu pun tak tentu dapat naik pelamin.
Kisahnye aku jumpa dia 2 bulan sebelum habis study. Itu pun terrrrrrrrjumpe. Umpama 'tengah jalan menjalan, ternampak henset lenovo, kite pungut bawa balik gune' heh heh heh. Sampai iphone5, hwawei, samsung yang tetibe keluar pasaran pun dah tak pandang.  Sebabnye, malas nak install number baru, transfer gambar, update whatsapp, dan sewaktu dengannye (perumpamaan yang fail lagi adeii). So lepas setahun berkenalan, kiteorang tergedik-gedik bertunaaang. Lepas 6bulan, kiteorang kawinnnn.

Post ni macam takde kaitan sangat. Aku saje nak bagi orang single jeles sebenarnye. Jus kedinggg. On a serious note, bagi yang masih mencari sang puteri atau hang laksamana (cheq laksa kedah! hihihi), jangan cari jauh sangat. Mana tau jiran sebelah yang slalu jual nasi lemak 50sen tu ada anak dara lawa yang pandai masak sambal kerang. Takpun anak lelaki Pakcik Don yang jual ayam setiap hari Ahad pukul 7 pagi. Time chop chop ayam, terserlah muscle tangan kanan dia. Tangan kiri?  Kurus kering bahahaha.
La ni, memilih pun jangan sangat naa. Cerminkan diri, belek muka lama-lama sikit, sauk poket tengok cukup ke tak nak belikan dia barang kosmetik, check brand baju yang kau pakai, kalau setakat FOS, anak jiran sebelah pun dah cukup. Dan yang paling penting, nilai diri sendiri. Semua ada keyakinan Remy Ishak, tapi keimanan yang rendah. Semua nak yang lawa untuk ditayang, tapi kalau tak pandai jaga barang, lama-lama pun buruk. Semua nak indah di media social, tapi reality tak seindah filter-filter instagram.
Aku syukur dapat pasangan yang zezuwaaai dengan aku. Nak cakap kacak, bagi aku, dia lah shaheizy sam+ryan gosling kuasa 2 (hambek kauuu). Dan kalau sebelum kahwin, aku rasa boleh dapat yang ala-ala shah rukh khan gaul dengan channing tatum, tapi tengok je screen laptop, aku sedar diri ini bukanlah maya karin. Ikat rambut pun tak betul. Jerawat macam chipsmore, kejap ada kejap tak. Dan dia juga bukanlah malaikat yang turun ke bumi. Keburukan dan kebaikan aku saling melengkapi baik buruknya juge.

Bagi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, semoga berbahagia ketika susah & senang, tabah hadapi dugaan bersama dan dikurniakan rejeki olehNya. Bagi yang dah bercinta lama, percepatkanlah apa yang penting. Nikah je dulu, 3 tahun lagi dah cukup 20k, baru la buat majlis resepsi. Acaner?
Dan bagi yang belum berpunya dan sudah bersedia nak kahwin, rajin-rajin la berdoa. Keluar rumah, minta-minta la jumpa jodoh. Time makan, lepas baca doa makan, selitkan lah "Ya Allah, nak bini macam Neelofa pleaseee. Aaamin".
Okay, aku ni macam takde kerje lain je.
Dah bye bye...

opsss "Ya Allah, kurniakan aku cahaya mata please. aaaaamin"

04-01-2016
(Selamat Tahun Baru!)